'Tak pernah rasa sesakit ini, baliklah...' - Isteri Kapten Zainol mohon doa buat suami dan anak

No Image Caption
A
A
A

TRAGEDI helikopter terhempas di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak cukup menyayat hati. Perkongsian isteri kepada juruterbang yang terkorban, Kapten Zainol Afiq menggambarkan kehilangan yang amat berat buat dirinya dan anak-anak.

Menerusi hantaran di Threads, Izzati Syamimi mengakui kesakitan yang dirasai saat ini amat sukar untuk digambarkan.

'Tak pernah rasa sesakit ini, baliklah,' titipnya.

Dalam pada itu, dia juga memohon orang ramai menitipkan doa buat dirinya, anak-anak serta arwah suami yang disifatkannya sebagai suami syurga.

"Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya," tulisnya.

No Image Caption

Warganet tidak dapat menahan pilu membaca luahan tersebut, malah tidak putus-putus menitipkan doa agar Izzati Syamimi dan anak-anak terus diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Zainol antara lima individu yang dilaporkan menaiki helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan KKM) itu yang terhempas berhampiran Short Takeoff and Landing Port (STOLport) Long Lellang.

Terdahulu, Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan kesemua lima individu berada di dalam helikopter berkenaan, maut dalam kejadian itu.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata helikopter yang berlepas dari Miri itu dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa seorang pegawai perubatan, seorang Penolong Pegawai perubatan (PPP) dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang