Amyra Rosli selamat bersalin anak ketiga

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Amyra Rosli selamat bersalin anak ketiganya.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya, aktor Amar Baharin yang memaklumkan kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah. Dengan izin ALLAH, isteri saya telah selamat melahirkan.

"Baby sihat, ibu pun sihat dan kini sedang berehat serta sedang melalui proses recovery," titip Amar.

Dalam pada itu, Amar juga mendoakan agar cahaya mata baharu mereka itu menjadi anak soleh dan penyejuk hati.

"Ya ALLAH berkatilah anak kami ini. Peliharalah dia, kurniakan kepadanya kesihatan, iman dan akhlak yang baik.

"Jadikanlah dia anak yang soleh, penyejuk hati buat ibu dan ayahnya, serta sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan-MU, aamiin," titipnya.

Amar dalam masa yang sama mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kelahiran cahaya mata mereka.

Amyra terdahulu berkongsi status dirinya sedang berbadan dua pada Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.

Mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi Amar, 9, dan Aura Aryssa, 6.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang