‘Saya fokus cari rezeki demi keluarga baru’ - Jofliam terima hak jagaan penuh dua anak bersama Cik Epal
USAHAWAN dan pempengaruh Jofliam berkongsi momen bermakna buatnya apabila menerima hak penjagaan penuh dua cahaya matanya.
Jofliam, 38, menerusi hantaran di Instagram memaklumkan keputusan mahkamah berhubung hak jagaan kedua-dua anaknya, Han dan Yuki.
"Allahukbar. Pada hari ini mahkamah telah memuktamadkan hak jagaan penuh bagi kedua-dua anak kandung saya, Han dan Yuki jatuh kepada ayah kandung iaitu saya.
"Pihak-pihak telah menarik balik dan mahkamah juga telah menggugurkan kes komital terhadap saya," titipnya.
Pengusaha F&B itu juga turut berazam melakukan yang terbaik demi cahaya matanya dan mahu melaksanakan amanah tersebut dengan penuh baik.

Artikel penuh:
- Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai
- Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim
Cik Epal, Jofliam sah bercerai. '10 tahun hidup bersama, jodoh sampai di sini'
"Sebagai pemegang hak hadanah penuh kepada kedua anak, saya akan menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.
"Saya akan bersikap flexsible dan bertoleransi demi anak-anak. Terima kasih Ya ALLAH," titipnya.
Dalam masa yang sama, cef piza profesional itu juga memohon maaf kepada semua pihak atas kekusutan yang timbul susulan perkara peribadinya yang menjadi perhatian umum.
"Saya juga memohon maaf atas kekusutan yang telah berlaku melibatkan hal peribadi di khalayak.
"Sekarang adalah masa untuk saya fokus mencari rezeki demi keluarga baru saya.
"Terima kasih semua yang tidak putus-putus mendoakan yang terbaik," titipnya.
Sekadar info, Jofliam dan bekas isteri, Cik Epal sah bercerai pada Oktober 2024 selepas mendirikan rumahtangga selama 10 tahun.
Dia kemudian berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025. Mereka kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Mei 2026.
#fattahamin #nurfatimanuraisya #hadanah #bapa #anak #sinarplus #lifestylesinarharian
Muzik: Memory Box by Cody Martin (SoundStripe)">
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
