Syed Saddiq hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M, sempat minta petua rumah tangga. 'Tetamu paling senior, muda di hati'

No Image Caption
A
A
A

KURANG sebulan menuju hari bahagia, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah mula menyampaikan sendiri kad jemputan perkahwinannya termasuklah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed.

Syed Saddiq menerusi Instagram berkongsi momen bermakna bertemu negarawan itu.

"Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah. Special guests paling senior dalam senarai, tapi masih pasangan paling muda di hati!

No Image Caption

"Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia," kongsinya.

Baru-baru ini pasangan ikon inspirasi negara itu mendapat pengiktirafan sebagai Bekas Ketua Kerajaan dan Pasangan Pertama yang kedua-duanya menjadi Centenarian yang Masih Hidup di Asia oleh Asia Record.

Masing-masing yang berusia 101 dan 100 tahun itu berkahwin pada 1956 dikurniakan tujuh cahaya mata.

Sementara itu, Syed Saddiq pula dijadualkan akan melangsungkan pernikahannya dengan tunang tersayang, penyanyi dan pelakon Bella 10 Oktober 2026.

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang