'Tolong angkat buku, beri tuition Fizik percuma...' Kisah cinta Tun M & Tun Hasmah berputik di kolej perubatan

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN negarawan Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tun Dr Hasmah Mohd Ali antara yang sering menjadi tumpuan kerana kisah cinta dan rumah tangga mereka yang bertahan puluhan tahun.

Tular di laman sosial temu ramah pada tahun 2021 yang memaparkan kedua-duanya mengimbau pertemuan pada zaman mereka bergelar pelajar perubatan di King Edward VII College of Medicine di Singapura yang membawa ke jenjang pelamin pada 4 Ogos 1956.

Hubungan mula bertaut pada tahun 1947 itu ketika kedua-duanya bergelar pelajar perubatan menjadi permulaan pasangan negarawan ulung sehingga Tun Dr Hasmah menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun.

No Image Caption

"Kami sama-sama pergi ke kolej perubatan pada tahun yang sama, tahun 1947. Saya berjumpa dengan Tun Hasmah pun pada tahun itulah.

"Kedua-dua kami adalah freshie. Freshie ini selalu diganggu oleh senior. Jadi kita bersama-samalahlah," tutur Tun M.

Allahyarham Tun Dr Hasmah sebelum ini pernah berkongsi akan pertemuan mereka jadi lebih erat selepas setahun belajar di kolej yang sama.

"Saya gagal pada tahun yang pertama kerana saya tidak tahu Health Science. Tapi ketika gagal itu ada orang yang baik hati hendak tolong. Nak berikan tuisyen.

"Kemudian pula dia distinction kid, saya terima sajalah, tuition free of charge, FOC," kongsinya dalam satu temu bual.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dalam pada pada, Allahyarham memaklumkan hubungan mereka tidak selalu mesra  kerana ada ketikanya berkelahi.

Ditanya sama ada Tun M sengaja memberikan tuisyen percuma untuk mengambil hati Allahyarham, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu berseloroh bahawa ketika itu ramai pelajar lelaki berebut-rebut mahu mendekati satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulan berkenaan.

"Pada masa itu, cuma ada tujuh orang saja pelajar Melayu dan di antara tujuh orang, satu sahaja wanita. Semua berebut nak tolong angkat buku.

"Apabila nak pergi kuliah, nak bawa buku. Jadi masing-masing berebutlah nak bawa buku sebab nak berkawan.

"Saya pun berebut jugalah. Tapi kadang-kadang saya menang. Dia bertanya pasal pelajaran Fizik, saya tolong bagi tuition sikit.

"Jadi, saya mungkin mendapat lebih peluang daripada lima orang yang lain  nak dekat dengan Tun Siti," kongsi Tun M.

Dalam pada itu, pasangan yang disayangi ramai itu turut berkongsi momen indah sepanjang 65 tahun berumah tangga. Pada ketika itu juga, Tun M sempat berkongsi bahawa buah hatinya sering kali terlewat namun dia tetap sabar melayan kerenah tersebut.

No Image Caption

"Kita berkelahi kerana selalu dia lambat. Saya seorang yang menepati masa. Saya kalau orang panggil jemputan apa saya nak hadir on time. Tapi tahulah, dia nak bersolek Apa semua, makan masa yang lama.

"Kadang-kadang berkelahi," kongsinya.

Biarpun mungkin bertelagah atau berselisih pendapat pendapat, Allahyarham mendedahkan Tun M merendah diri dan tetap 'gentleman' untuk memujuk dengan makan bersama.

"Macam dekat Singapura tu, kalau berkelahi waktu tuition di hostel yang saya duduk, selepas tu, pergi keluar makan," kongsi Tun Hasmah.

Malah, Tun Dr Hasmah mengakui biarpun usia perkahwinan melepasi enam dekad (ketika itu), sifat romantis Tun M tidak berkurang.

"Pada waktu muda tu, ya, itu biasalah. Bila muda tu, romantik lah tapi dah makin usia sudah lanjut (romantik) makin kurang.

"Tapi tak adalah sehingga tak mahu nak peluk atau  cium," selorohnya.

No Image Caption

Malah Allahyarham juga mengimbas ucapan cinta daripada Tun M adalah momen bermakna buatnya.

"Ketika dia mula-mula beritahu yang dia cintakan saya pada tahun 1949, itu yang paling bersejarah bagi saya," kongsinya.

Dalam pada itu, Tun M juga mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka.

"Kita (suami isteri) kena toleransi. Kita memang berlainan dan kadang-kadang rasa hendak marah.

"Mula-mula itu marah tapi lama-lama tak boleh berubah. Kalau lambat, lambat juga sampai bila-bila pun. Sampai sekarang pun.

"Jadi, sabarlah. Sabarlah kerana dia sudah macam tu," kongsinya.

Biarpun mereka digelar pasangan bahagia yang menjadi idola ramai, Tun M mendedahkan mereka tidak pernah mengucapkan 'saya cintakan awak.'

"Kita tak pernah ucapkan dengan kata-kata sebaliknya behave toward each other sahaja.  

"Pagi-pagi saya kena cas bateri, kena renew hubungan," kongsinya.

Sekadar info, Tun Dr Hasmah berkahwin dengan Tun Dr Mahathir di Kuala Lumpur pada tahun 1956 selepas setahun menamatkan latihan siswazah di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Selepas berkahwin, Allahyarham berpindah ke Alor Setar, Kedah bersama Tun Dr Mahathir dan berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Besar Alor Setar.

70 tahun bersama melayari bahtera rumah tangga, Tun Dr Mahathir dan Allahyarham dikurniakan tujuh cahaya mata, iaitu tiga perempuan dan empat lelaki, selain 18 cucu dan seorang cicit.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang