Bella Astillah & Syed Saddiq terima nasihat rumah tangga daripada Tun Mahathir – 'Semoga jadi bekalan hidup kami'

No Image Caption
A
A
A

DETIK menjelang alam perkahwinan pastinya menjadi fasa yang penuh debar dan bermakna buat setiap pasangan.

Bukan sekadar persiapan majlis, tetapi doa, restu dan nasihat daripada insan yang lebih berpengalaman turut menjadi antara perkara yang amat dihargai sebelum melangkah ke kehidupan baharu.

Bagi pelakon dan penyanyi jelita, Bella Astillah, sebuah pertemuan istimewa bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi kenangan yang cukup berharga buat dirinya dan tunang tercinta, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di laman sosial peribadinya, ibu kepada sepasang cahaya mata itu berkongsi rasa syukur selepas berpeluang bertemu tokoh negara itu sambil menerima nasihat berharga mengenai kehidupan berumah tangga.

No Image Caption

“Alhamdulillah, dapat berjumpa Tun Dr Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.

“Tun M dan Tun Hasmah dah 70 tahun bersama. Masya-ALLAH, semoga menjadi bekalan sepanjang perjalanan hidup kami,” luahnya.

Lebih mencuri perhatian, Bella turut mengakui dirinya berasa sangat teruja apabila dapat bertemu secara dekat dengan individu yang dikaguminya sejak kecil.

“Tak sangka boleh star struck teruk. Perasaan Bella tadi sama macam masa jumpa Lee Min Ho dan Afga. Saya kagum dengan beliau sejak kecil.

"Berjumpa dengannya secara berdepan terasa seperti sesuatu yang tidak nyata,” katanya.

Walaupun pasangan itu tidak berkongsi secara terperinci tujuan kunjungan tersebut, rata-rata netizen membuat spekulasi kemungkinan mereka hadir untuk menyampaikan kad jemputan sempena majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Malah, ruangan komen turut dipenuhi ucapan doa dan kata-kata manis daripada peminat yang tersentuh melihat kemesraan Bella bersama Syed Saddiq serta layanan penuh kasih sayang daripada Tun Hasmah.

Dalam perkongsian itu, Bella turut menyelitkan sepotong video bersama Tun Hasmah. Ada yang menyifatkan pelukan dan nasihat daripada wanita hebat tersebut sebagai satu momen yang cukup menyentuh hati, malah diibaratkan seperti seorang nenek memberi restu kepada cucunya.

No Image Caption

“Sebaknya Tun Hasmah peluk erat dua-dua. Untung dapat jumpa dua tokoh penting Malaysia yang disayangi rakyat,” tulis seorang netizen.

Selain itu, ada juga yang bergurau mengenai foto Syed Saddiq menikmati nasi kandar ketika kunjungan tersebut, sambil berseloroh pasangan itu mungkin sudah mula meraikan momen istimewa mereka bersama.

Buat Bella dan Syed Saddiq, pertemuan tersebut pastinya akan menjadi salah satu kenangan manis sebelum mereka membuka lembaran baharu dalam kehidupan.

Lebih daripada sekadar kunjungan biasa, ia menjadi sebuah momen penuh makna apabila nasihat daripada pasangan yang telah melalui lebih tujuh dekad kehidupan bersama menjadi panduan menuju bahagia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang