'Tak ada pembantu...' - Tular bunga pandan atas pusara Tun Dr Hasmah didakwa digubah Tun M, ini penjelasan pegawai khas
PUSARA Tun Dr Hasmah terus menjadi tumpuan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa untuk diziarahi. Kuntuman bunga dan kelopak bunga yang dileraikan menjadi tanda ingatan buat Allahyarham.
Pada hari kesepuluh pemergiannya, tular satu hantaran di laman sosial yang mendakwa Tun Dr Mahathir mengirimkan gubahan bunga pandan untuk diletakkan di pusara isteri tercinta di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.
Pengguna laman sosial, Feesya Ab Rahim mendakwa seorang individu memaklumkan bahawa gubahan bunga berkenaan dibuat sendiri oleh Tun Dr Mahathir untuk pusara Tun Dr Hasmah.
"Ada mesyuarat di Putrajaya singgah sekejap ke Pusara Negara. Ada seseorang datang dan meletakkan gubahan bunga dari daun pandan.

"Beliau kata, Tun tak dapat datang hari ni kerana dinasihatkan untuk tidak keluar dalam cuaca hari ni.
"Beliau maklumkan bunga ni Tun Mahathir gubah sendiri untuk pusara isterinya yang tercinta. Al-Fatihah buat Tun Dr Hasmah," titipnya.
Perkongsian berkenaan menerima perhatian meluas di media sosial sebelum perkara itu dinafikan oleh Pegawai Khas Tun Dr Mahathir, Adam Mohd Muhayeddin.
"Tak betul. Tak ziarah pasal cuaca jerebu tu betul tapi fasal gubah daun pandan tu tak betul.
"Tak ada pembantu Tun yang diminta untuk buat demikian," kongsinya.
Penjelasan berkenaan turut disokong warga maya bagi mengelakkan fitnah. Rata-rata mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat manakala Tun M dikurniakan kesihatan yang baik.
Sumber: Threads
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
