‘Tahniah Jep, wira dan inspirasi!’ Bayar zakat RM1.935 juta, Menteri Agama puji keberanian Jep dedah rekod

No Image Caption
A
A
A

TINDAKAN pelawak Jep mendedahkan rekod bayaran zakatnya kepada umum baru-baru ini menerima perhatian dan pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan.

Zulkifli menyifatkan tindakan menunaikan kewajipan rukun Islam itu sebagai satu teladan yang wajar dicontohi masyarakat, selain memberi inspirasi kepada golongan asnaf.

"Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat saudara Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.

"Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua.

"Langkah beliau berkongsi rekod pembayaran zakat dari tahun 2016 hingga 2025 yang mencecah kira-kira RM1.935 juta merupakan satu tindakan berani demi menegakkan ketelusan, mempertahankan integriti, dan menangkis fitnah, sekali gus membuktikan pelaksanaannya secara telus berlandaskan kewajipan agama," titipnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Zulkifli turut berkata tindakan Jep berkongsi rekod pembayaran zakat itu wajar dijadikan contoh kepada masyarakat kerana bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, sebaliknya memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menunaikan kewajipan agama.

"Pengorbanan dan ketelusan figura awam seperti beliau wajar dijadikan ibrah dan iktibar terbaik buat seluruh masyarakat.

"Zakat bukan sahaja menyucikan harta, malah menjadi benteng ekonomi serta penyambung hayat buat golongan yang memerlukan.

Artikel Berkaitan:

"Ia mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf. Ayuh kita contohi teladan mulia ini dan tunaikan kewajipan harta. Jom bayar zakat di Pusat Pungutan Zakat!" titipnya.

Terdahulu Jep menerusi Instagram mendedahkan rekod pembayaran zakat berjumlah kira-kira RM1.935 juta bagi tempoh 2016 hingga 2025 melalui hantaran di Instagram.

Suami kepada pelakon Sari Yanti itu menunaikan zakat dengan bayaran tahunan sekitar RM25,000 sehingga mencecah RM300,000 setahun.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang