'Matang daripada umur sembilan tahun' - Fadzilah Kamsah tersentuh dengar ucapan Ayden buat Bella Astillah dan Syed Saddiq

No Image Caption
A
A
A

PAKAR motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah memuji kematangan anak sulung penyanyi Bella Astillah, Ayden yang menyampaikan ucapan bersama adiknya, Ara, pada majlis resepsi perkahwinan ibunya dengan Syed Saddiq malam tadi.

Ayden yang baharu berusia sembilan tahun berkongsi bagaimana dia melihat perubahan dalam kehidupan ibunya selepas kehadiran Syed Saddiq.

Fadzilah menerusi hantaran di Threads berkongsi pandangannya mengenai ucapan Ayden yang disifatkan begitu indah dan matang bagi seorang kanak-kanak seusianya.

No Image Caption

"Anak kecil selalu jujur. Apatah lagi jika dia membesar dalam suasana yang memaksa dia jadi lebih matang dan telah melalui pelbagai pancaroba.

"Kadang ibunya tak berkata apa-apa, cukuplah air mata dan senyuman sebagai jawapan buatnya.

"Tahniah buat Ayden. Ucapan yang sangat indah dan matang dari anak umur sembilan tahun," kongsinya.

No Image Caption

Terdahulu, Ayden dalam ucapannya mengakui, dia dan adiknya mungkin tidak memahami sepenuhnya segala yang berlaku, namun sebagai seorang anak, apa yang paling diinginkannya ialah melihat ibunya kembali tersenyum dan bahagia.

Artikel Berkaitan:

Sekadar info, majlis resepsi perkahwinan Syed Saddiq dan Bella dihadiri 3,000 tetamu.

Pasangan yang dikenali dengan akronim BASS itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis diadakan di Menara Merdeka Maybank, di sini, pada 10 Oktober lalu.

Mereka juga akan diraikan dalan dua lagi majlis resepsi bertema Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing iaitu di Muar, Johor pada 25 Oktober dan Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober ini.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang