'Umrah nanti nak sujud syukur' - Individu dakwa doakan jodoh Bella Astillah, Syed Saddiq tunai puasa nazar

No Image Caption
A
A
A

TULAR di laman di laman sosial individu yang mendakwa kakaknya menunaikan puasa nazar selepas penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sah bergelar suami isteri.

Menurut pengguna Threads berkenaan, kakaknya terdahulu pernah mendoakan pasangan diberi singkatan BASS itu di hadapan Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah.

"Esok kakak saya akan puasa nazar, gara-gara kau. Dia cakap, dia bernazar kalau kau kahwin dengan Syed Saddiq, dia akan puasa.

No Image Caption

"Sebab dulu-dulu, dia pergi umrah, dia ada doakan kau di depan Kaabah. Kononnya, dia terus cakap nanti dia puasa kalau kamu berdua jadi," titipnya.

Dalam hantaran berkenaan wanita berkenaan sempat memaklumkan kakaknya akan menunaikan umrah pada November depan dan berhasrat untuk melakukan sujud syukur di sana kerana doanya sebelum ini dimakbulkan.

"Nanti bulan 11, dia mahu pergi umrah lagi. Sujud syukur di sana sebab kau dengan Syed Saddiq sudah jadi. Tahniah kamu berdua," kongsinya.

Terdahulu, Bella dan ahli politik berusia 33 tahun itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada 10 Oktober  lalu.

Sumber: Threads

Artikel Berkaitan:

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang