Wajib simpan semburan serangga ini di rumah! Tak perlu tunggu jumpa, sembur di laluan pun boleh buat mereka pengsan
SETIAP rumah pasti tidak akan lari daripada serangga perosak seperti lipas. Pantang ada kawasan yang tersorok sikit, pasti dia datang buat kawasan jajahan mereka!
Oleh itu, penting setiap rumah ada semburan penghalau serangga sebagai langkah berjaga-jaga kalau mereka keluar tunjukkan diri.
Tambahan, semburan tersebut bukan saja dapat menghalau serangga perosak, malah haiwan berbisa seperti lipan dan anak ular juga dapat dikalahkan dengan semburan ini.
Malah, ada satu hantaran sebelum ini terdapat pegawai bomba menyarankan setiap rumah menyediakan semburan ini sebagai langkah berjaga-jaga.
Misalnya seperti perkongsian Syalfarina Razali yang mana semburan sedemikian mampu membunuh lipan di rumah ibu mentuanya dan selamatkan mereka sekeluarga daripada terkena gigitan haiwan berbisa.
Hari tu, masa aku balik tengah malam dari rumah mertua aku, masuk je bilik air aku nampak ada banyak semut dekat celahan tiles tepi dinding. Aku dah tak sedap hati. Sah "dia". Elok aku bukak air siram lantai dia pun keluar. Siapa? Cik lipannnn wei
Lipan dekat rumah aku ni takdelah lebar tapi panjang 1 jari tu ada. Elok je aku perhati seekor ni, muncul lipan kedua. Pendek sikit. Lepas tu lipan ketiga yang anak sulung lepas tu anak bongsu agaknya. 4 ekor wei. Aku? Memula aku tak sempat capai Baygon ni, aku sempat katuk je dengan botol sabun. Dapat ke anak lipan paling kecik. Yang besar suami aku bunuh.
Yang mak and seekor lagi aku sembur je Baygon ni. 15 saat ajal.
Boleh pulak diorang buat home tour dekat bilik air aku. Tak pernah jadi sampai 4 ekor tau. Aku pun pikir dah lama bilik air aku ni tak didatangi lipan. Rupanya aku baru teringat 2 hari aku tak sembur baygon ni sebelum tidur. Biasanya kalau sebelum tidur aku memang sembur dekat celahan dan lubang air tu.
Sembur awal sebelum jumpa serangga
Dalam pada itu, jika di rumah anda ada banyak serangga ini, tak perlu tunggu mereka keluar untuk sembur.
Anda boleh terus sembur di kawasan mereka atau laluan yang kerap mereka guna. Semburan berkenaan akan memeningkan mereka sekaligus membunuh serangga tersebut.
Dia penyembur lipas tau tapi aku dapat tau, bomba kata anak ular pun bolek kiok kalau sembur baygon ni, jadi aku terus beli and spare. Walaupun kita tak jumpa lagi lipas, lipan ke, sembur je laluan mereka. Celahan pun boleh sebab dia ada hose halus tu untuk capai celahan. Sembur je. Kalau dia lalu memang boleh pengsan lepas tu kiok.
Pastikan semut takde bermaharajalela dekat rumah sebab lipan ni makan serangga.
Aku bukan apa. Anak-anak kecik lagi. Risau aku. Takpelah nampak paranoid sikit sembur-sembur untuk ikhtiar, moga dilindungi dari binatang berbisa.
Sila simpan 1 baygon ni dekat rumah. Aku memang spare 2 3 sebab sangat bagus untuk membantu mengawal serangga dan binatang berbisa.
Jadi, yang tak pernah ada tu boleh la buat simpanan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kan?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang