Perselisihan hubungan dipercayai punca Nur Farah Kartini dibunuh, polis cukup bukti dakwa suspek
KETUA Polis Negara Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan pembunuhan Nor Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh atas kesalahan membunuh di Mahkamah Kuala Kubu Bahru pada Jumaat.
Beliau juga mendedahkan perselisihan perhubungan dipercayai menjadi punca bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibunuh.
"Kes Nur Farah Kartini telah selesai dan suspek akan dituduh di mahkamah esok.
"Kami percaya (punca) ada kaitan perselisihan perhubungan," katanya.
Dalam pada itu, Hussein mendedahkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mendedahkan pihaknya mempunyai cukup bukti untuk menuduh suspek di mahkamah berdasarkan bahan bukti yang ditemui di beberapa lokasi Hulu Selangor dan Perak.
Imbas kembali, alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) UPSI itu gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.
Mayatnya ditemukan dalam keadaan reput pada muka dan dada di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai.
Sumber: BERNAMA
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang