WEDDING of the year, itulah yang disebut-sebut warga maya tentang perkahwinan anakanda ke-10 Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen juga dikenali sebagai Putera Mateen. Pengiran muda keempat berusia 32 tahun itu bakal melangsungkan pernikahan dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024.

Kedua-duanya akan disatukan selepas majlis istiadat bersuruh diraja pada 7 Januari dan istiadat menghantar tanda dan pertunangan diraja pada 9 Januari.

Berita gembira diumumkan media rasmi Brunei Darussalam pada 7 Oktober disambut baik oleh seluruh rakyat. Sejak itu, warga maya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada bakal pasangan diraja.

Baca juga: Anakanda Sultan Brunei, Putera Mateen nikah 11 Januari tahun depan, cucu penasihat diraja jadi pilihan hati

Seperti mana semua putera dan puteri Sultan Hassanal Bolkiah, adat istiadat perkahwinan diraja Putera Mateen akan berlangsung selama 10 hari yang berakhir pada 16 Januari 2023.

Siapa gerangan gadis istimewa yang menjadi permaisuri di hati putera kacak ini? Berikut 10 info menarik berkaitan wanita paling bertuah, Dayang Anisha ini:

1-Dayang Anisha yang juga dikenali sebagai Anisha Isa Kalebic dilahirkan pada 1994.

2-Beliau merupakan cucu kepada penasihat sultan yang berpengaruh di Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa Awang Ibrahim.

3-2. Datuknya juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’.

3. Pada November 1974 hingga Januari 1984, Datuk kepada Anisha juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Pengasas Syarikat Penerbangan Royal Brunei yang diasaskannya.

Baca juga: Kakanda Putera Mateen, Pengiran Anak Puteri Fadzilah bakal bernikah 20 Januari, majlis berlangsung 10 hari

4. Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya abang kandung Anisha yang dikenali dengan nama Danial Deen Isa Kalebic merupakan sahabat rapat Putera Mateen.

5. Anisha adalah graduan universiti popular di England. Beliau juga memiliki label fesyennya sendiri iaitu Slik Collective.

6. Wanita jelita ini memiliki perniagaan sektor pelancongan bersama rakan baiknya yang diberi nama Aunthentirary.

7. Tidak hanya memiliki wajah yang cantik, Anisha juga gemar memasak. Malah wanita anggun ini juga memiliki akaun Instagram yang memuatkan hantaran dan perkongsian berkenaan hobi memasaknya.

8. Sama seperti bakal suami, Anisha juga mementingkan kecergasan dan gemar bersenam.

Iklan

9-Putera Mateen dan Anisha dikatakan mula rapat pada tahun 2019 dan hubungan mereka mula dikesan pada tahun 2022 apabila sering dilihat bersama.

10-Kelibat mereka berdua sering dilihat bersama termasuk ketika menghadiri majlis perkahwinan di raja iaitu di majlis Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah bersama Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar yang diadakan pada 15 Januari di Istana Nurul Iman.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia

Baca juga: Terkini dan kontemporari, busana indah mempelai diraja Brunei rupanya direka Bernard Chandran

Selepas adat istiadat pernikahan pada 11 Januari, pasangan ini dijadualkan akan diraikan dalam majlis persandingan diraja dan seterusnya diarak sekeliling Bandar Seri Begawan akan diadakan pada 14 Januari 2024.

Sementara itu, majlis persantapan diraja pula akan diadakan pada 15 Januari 2024 manakala majlis istiadat membaca doa selamat dan menutup gendang jaga-jaga akan diadakan pada 16 Januari 2024.

Iklan

Baca juga: Meniti usia remaja, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah makin seiras dengan Azrinaz Mazhar Hakim, kejelitaan terserlah

Sumber: Pelita Brunei, Tribunews,  Astro Awani

Kredit foto: Instagram Fanpage @anis.haikk

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!