17 kanak-kanak maut rusuhan bola sepak Indonesia, 6 info kesan gas pemedih mata
SERAMAI 17 kanak-kanak mangsa disahkan sebagai mangsa yang terkorban dalam tragedi rusuhan bola sepak di Indonesia.
Mereka adalah antara antara 125 orang penyokong Kelab Arema FC yang menemui ajal dalam rempuhan di Stadium Kanjuruhan, Malang, Jawa Timur baru-baru ini.
Tidak hanya itu, tular di laman sosial Instagram tular maklumat mangsa berusia dua tahun yang turut tercedera.
Seramai 125 orang penyokong Kelab Arema FC dan menemui terbunuh manakala 323 orang lagi cedera dalam suasana tegang itu.
Peminat pasukan tuan rumah Arema FC menyerbu padang stadium selepas tewas 3-2 kepada musuh tradisi, Persebaya Surabaya.
Tribunnews melaporkan segalanya bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah tempat penonton di Stadium Kanjuruhan.
Gas air ditembak oleh polis untuk menghalau ribuan peminat daripada meluru masuk ke padang.
Dalam Peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai Keselamatan dan Keselamatan Stadium, badan itu menyatakan bahawa penggunaan gas pemedih mata atau gas bagi mengawal orang ramai adalah dilarang.
Gas berkenaan didakwa menjadi punca kepada ratusan mangsa. Berikut 10 info mengenai gas pemedih mata, dan apakah kesan jika ia dihidu dan masuk ke dalam sistem pernafasan?
Menurut Pengarah Program Pasca Siswazah Universiti Yayasan Rumah Sakit Islam Indonesia, Prof Tjandra Yoga Aditama menjelaskan lima perkara mengenai gas pemedih mata.
1-Gas pemedih mata mengandungi beberapa bahan kimia seperti bentuk chloroacetophenone , chlorobenzylidenemalononitrile, chloropicrin ,bromobenzylcyanide dan dibenzoxazepine.
2-Secara umumnya ia boleh memberi kesan kepada kulit, mata, paru-paru dan saluran pernafasan.
3-Pendedahan kepadanya akan menyebabkan gejala akut pada paru-paru dan saluran pernafasan. Mangsa akan berasa berat dada, batuk, rasa tekak tercekik, batuk, semput dan sesak nafas. Dalam keadaan tertentu, gangguan pernafasan mungkin berlaku.
4-Pesakit asma atau Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik boleh terkena sesak nafas akut jika terdedah kepada gas pemedih mata. Tidak mustahil ia akan mengakibatkan kegagalan pernafasan.
5-Pendedahan kepadanya juga menyebabkan rasa pedih pada mata, mulut dan hidung, penglihatan kabur dan kesukaran menelan. Dalam keadaan tertentu ia boleh mengakibatkan tindak balas alahan.
6-Gas pemedih mata memberikan kesan serta-merta dan boleh memberi kesan kronik yang berpanjangan.
"Ini benar terutamanya jika pendedahan berpanjangan, dalam dos yang tinggi terutamanya jika ia berada di dalam bilik tertutup," kata Prof Tjandra.
Tempo melaporkan Ketua Polis Indonesia Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata insiden tragis di Stadium Kanjuruhan di Malang Jawa Timur antara bencana stadium terburuk di dunia.
Punca kematian beramai-ramai itu turut disahkan secara berasingan oleh Ketua Hospital Daerah Kanjuruhan Kepanjen, Bobi Prabowo.
Mangsa yang maut dalam tragedi itu secara amnya disebabkan kecederaan dan sesak nafas selepas polis melepaskan gas pemedih mata ketika peminat menceroboh.
Jelasnya, ramai mangsa meninggal dunia akibat dipijak dan dihempap ketika cuba keluar dari stadium. Ramai yang sesak nafas akibat gas pemedih mata.
“Masalah pernafasan akibat asap gas pemedih mata, dipijak antara satu sama lain adalah punca kematian. Perlu pemeriksaan lanjut untuk mengetahui punca utamanya,” kata Bobi.
Sebilangan mangsa ditemui maut dengan muka sudah bertukar warna kebiruan kerana kerengsaan kulit akibat gas pemedih mata. Selain itu kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat hipoksia akibat kekurangan oksigen.
Insiden tersebut disifatkan sebagai bencana terburuk dalam arena bola sepak dunia selepas di Peru yang mengorbankan 300 individu dalam kejadian lebih 50 tahun lalu.
Sumber: Tribunnews, Reuters
Kredit foto utama: Piixabay (Victoria_rt)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang