BATU karang d dalami buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan. Ia selalunya ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau X-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain.

Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit. Ia boleh mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan. Kesakitan itu diikuti rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai ‘Renal Colic’.

 

Baca juga: 3 tip cegah batu karang, rawatlah sebelum melarat

Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.

Batu karang terbentuk apabila terdapat kepekatan yang tinggi bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

Di Malaysia, batu karang biasanya ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang dan ureter).

Kekerapan batu karang di Asia ialah 10 peratus hingga 20 peratus di Asia berbanding dengan negara barat iaitu 15 peratus hingga 18 peratus.

Seorang lelaki di India baru sahaja menjalani pembedahan batu karang, Bukan satu atau dua, jumlah batu karang yang dikeluarkan tetapi 206 biji semuanya!

Menurut Independet UK, lelaki berkenaan, Veeramalla Ramalakshmaiah, 56, menderita gejala batu karang hingga bergantung kepada pil penahan sakit sejak enam bulan lalu.

Namun segalanya berakhir selepas ratusan batu karang berjaya dikeluarkan dari buah pinggang kirinya.

Batu karang yang dikeluarkan daripada buah pinggang kiri Veeramalla

Baca juga: Masak bayam bersama ikan bilis boleh sebabkan batu karang? Ini kebenarannya yang perlu anda tahu

Pakar perunding kanan urologi di Hospital Hyderabad, India, Dr. Poola Naveen Kumar mengesahkan bahawa kesemua ketulan batu itu berjaya dikeluarkan dalam pembedahan selama sejam.

Difahamkan, sepanjang tempoh enam bulan yang menyakitkan itu, Veeramalla sukar menjalani rutin harian.

hasil penelitian, Doktor percaya puncaterkumpulnya batu karang di dalam buah pinggang kiri Veeramalla adalah berkemungkinan disebabkan dehidrasi ekoran daripada suhu persekitaran yang tinggi di India Selatan.

Pada tahun 2010, seorang doktor dianugerahkan Rekod Guinness kerana mengeluarkan rekod bilangan 172,155 batu karang iaitu terbanyak di dunia!

Iklan

Dr Ashish Rawandale-Patil mengeluarkannnya daripada buah pinggang pesakitnya, Dhanraj Wadile di daerah Dhule di Maharashtra, India.

Diharapkan kita semua minum air yang mencukupi bagi mengelakkan pembentukan batu karang.

Menurut MyHealth pesakit pernah mempunyai batu karang berisiko untuk mengalaminya berulang kali.

Iklan

Pastikan meminum sekurang-kurangnya dua hingga tiga liter air untuk memastikan diri cukup air dan berupaya mencairkan air kencing.

Panduan yang terbaik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting bagi kita yang tinggal di negara beriklim panas.

Baca juga: Kuat makan masin tubuh jadi sarang penyakit kardiovaskular, strok, kanser, buah pinggang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI