PUTIH, muda dan kurus.

Demikian tiga perkataan yang menerangkan tentang kriteria wanita cantik di China yang berlegar di media sosial hingga tercetusnya pelbagai cabaran.

Ia termasuk cabaran pinggang A4 atau A4 Waist Challenge, cabaran memegang pusat’ atau Bellybutton Challenge, ‘cabaran tulang selangka’ atau Collarbone Challenge dan ’cabaran pergelangan tangan’ atau A4 Waist Challenge.

Untuk cabaran pinggang A4, wanita dikehendaki mengambil gambar diri mereka dengan sekeping kertas A4 di hadapan pinggang.

Baca juga: Buaya 12 kaki disangka patung plastik, lelaki sempat bergambar sebelum cedera parah dibaham

Lebar kertas A4 ialah 21 sentimeter (8.3 inci) dan wanita cuba membuktikan bahawa pinggang mereka lebih kecil daripada itu.

Cabaran pinggang A4 bermula di China sekitar Februari 2016 terus popular hingga kini. Ia telah menyaksikan kaum wanita muda di negara itu menggunakan akaun laman sosial mereka untuk menunjukkan ukuran pinggang.

Sekiranya kertas bersaiz A4 itu berjaya menutupi pinggang mereka sepenuhnya, mereka dikira menang.

Selain A4 Waist Challenge, aplikasi media sosial negara itu turut melahirkan beberapa cabaran yang dikaitkan dengan tubuh wanita seperti ‘cabaran memegang pusat’ atau Bellybutton Challenge. Ia menyaksikan ramai cuba mencapai pusat mereka dengan menggunakan tangan daripada bahagian belakang badan.

Manakala ‘cabaran tulang selangka’ atau Collarbone Challenge pula yang memerlukan wanita bersaing mengimbangi syiling pada tulang selangka mereka.

Baca juga: [VIDEO] Silap Haribulan! Pesakit Gigi Yang Juga Polis Belasah Perompak Yang Cuba Merompak Klinik Gigi

Semakin banyak wang syiling boleh diletakkan pada ruang itu, maka wanita dikatakan semakin kurus dan menarik.

Cabaran pergelangan tangan atau 100 Yuan Wrist Challenge pula adalah wanita perlu menyiarkan gambar pergelangan tangan mereka yang dibalut dengan wang kertas 100 yuan.

Iklan

Mereka hanya dikira lulus jika pergelangan tangan mereka ditutup sepenuhnya dengan wang kertas tersebut. Not 100-yuan biasa berukuran 6.1 inci x 3 inci.

Bagaimanapun cabaran-cabaran itu telah dikritik sebagai tidak bertanggungjawab dan berpotensi tidak sihat untuk diikuti ramai.

Malah ada yang mengatakan bahawa trend sedemikian membawa mesej yang membimbangkan tentang imej badan seolah-olah mengatakan semakin kurus, maka seseorang akan lebih baik.

Iklan

Pengkritik mengatakan cabaran itu menggalakkan gangguan pemakanan dan body shaming kepada golongan muda.

Janganlah kita semua terpengaruh untuk melakukan cabaran sebegini. Harus diingat kurus tidak semestinya sihat. Malahan ia boleh mendedahkan kepada pelbagai masalah pemakanan seperti aneroksia nervosa atau bulimia.

Paling penting ialah mencapai berat badan ideal, memastikan pemakanan seimbang dan aktiviti kecergasan selama 150 minit seminggu.

Baca juga Letak tong sampah tengah jalan, rupa-rupanya taktik jahat orang tidak bertanggungjawab. Wanita ini minta semua lebih berhati-hati

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!