Buaya 12 kaki disangka patung plastik, lelaki sempat bergambar sebelum cedera parah dibaham

November 26, 2021
Oleh Azma ML

KITA biasa melihat patung haiwan yang dicipta seakan sama dengan rupa fizikal haiwan yang sebenar di taman-taman tema.

Mungkin kerana terbiasa melihat objek sedemikian ketika mengunjungi taman tema Amaya View di Filipina, seorang lelaki menyangka seekor buaya sepanjang 12 kaki sebagai patung.

Lebih mencemaskan, lelaki berkenaan, Nehemias Chipada, 68, kelihatan tidak teragak-agak untuk menghampiri buaya tersebut untuk berswafoto sebelum kedua belah tangannya diterkam dan diseret ke dalam kolam.

Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai

Baca juga: [VIDEO] Jarang dilihat manusia, jerung paling ganas di dunia, penuh parut, kesan gigit 

Dia yang mengunjungi taman tema itu sempena sambutan hari lahir terpaksa bergelut dengan buaya hingga kedua-dua belah tangan dan paha cedera.

Menerusi rakaman, Chipada menjerit meminta tolong ketika reptilia itu membenamkan gigi pada lengan kirinya.

Chipada kemudian berjaya melepaskan cengkaman dan melarikan diri untuk mendapatkan rawatan. Staf taman tema sempat membalut lukanya dengan sapu tangan untuk menahan pendarahan sebelum dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Utara Mindanao.

Iklan

“Tiada nasihat atau tanda amaran kepada kami untuk tidak memasuki kawasan kandang. Kerana jika ada, kami tidak akan pergi ke sana,” kata anak Chipada, Mercy Joy Chipada.

Pemeriksaan mendapati warga emas itu mengalami patah lengan dan lapan luka yang memerlukan jahitan di lengan dan paha kirinya.

Tidak sekadar itu, gigi taring buaya sepanjang tiga inci ditemui pada luka Chipada. Pelbagai pembedahan diperlu dijalani lelaki itu untuk merawat tulangnya yang patah.

Salah seorang pengunjung, Rogelio Pamisa Antiga yang merakam kejadian itu berkata dia mendengar orang menjerit meminta tolong dan melihat buaya menyerang warga emas itu.

Iklan

"Saya mahu membantunya, tetapi saya takut dan tidak mempunyai pengetahuan tentang cara menangani serangan buaya," katanya.

Taman tema tersebut bersetuju untuk menanggung kos rawatan Chipada tetapi menafikan bahawa mereka cuai dalam memberi amaran kepada pengunjung tentang haiwan berbahaya itu.

"Kami menafikan dakwaan bahawa kami telah cuai. Mereka berkata mereka menyangka buaya itu patung tiruan, tetapi kawasan itu sebenarnya kawasan terlarang. Terdapat papan tanda dan peringatan berterusan daripada pemandu pelancong kami,” kata Ketua Pegawai Operasi Amaya View, Candy Unabia.

Buaya adalah haiwan yang mempunyai kekuatan rahang paling kuat di dunia itu. Kekuatan rahang buaya apabila kedua-dua mencengkam boleh mencecah 5, 000 paun bagi setiap inci persegi iaitu seolah-olah objek seberat 1 tan jatuh.

Baca juga: Gorila pernah viral kerana swafoto, mati dalam pelukan penjaga

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail

Foto: Pixabay