SUDAHLAH jatuh ke dalam perigi, terdapat binatang berbisa ular dan kala jengking pula namun syukur kanak-kanak dapat diselamatkan.

Begitu yang terjadi di New Delhi, India apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terjatuh dan terperangkap di dalam sebuah perigi sempit selama empat hari.

Bagaimanapun Rahul Sahu, yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan dapat diselamatkan lewat semalam.

Menurut laporan AFP, berikut kronologi kejadian;

1. Ketua Menteri, Bhupesh Baghel di Twitter mengesahkan Pasukan kecemasan India berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

2. Menurutnya, kanak-kanak itu terjatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter pada Jumaat petang lalu ketika bermain di belakang rumahnya di negeri Chhattisgarh.

3. Jentera penolak tanah dan kren digunakan untuk menggali satu terowong bersebelahan perigi tersebut, yang mempunyai kelebaran kecil. Tentera dan pasukan agensi tindak balas bencana turut sama menyertai misi menyelamat tersebut.

Baca juga Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

4 hari jatuh perigi ada ular, kala jengking, berikut kronologi budak 10 tahun terselamat

4. Rahul telah diselamatkan dan berada dalam keadaan baik hasil daripada doa orang ramai dan usaha menyelamat berterusan pasukan kecemasan.

5. Sementara itu, Ketua Pentadbiran Daerah Tempatan, Jeetendra Shukla berkata kanak-kanak tersebut masih hidup namun berada dalam keadaan lemah dan dikejarkan ke hospital terdekat.

6. Ujarnya, seekor ular dilihat berada dalam lubang yang sama, namun Rahul menunjukkan sikap berani dan kekal tenang ketika operasi menyelamat dilakukan.

7. Katanya, cuaca buruk dan ular berbisa serta kala jengking yang berada dalam lubang perigi tersebut menyukarkan usaha menyelamat dilakukan.

Iklan

8. Menurut Ketua Polis Daerah Janjgir, Vijay Agrawal, ketika operasi berjalan, sebuah kamera digunakan untuk memantau keadaan kanak-kanak tersebut serta pergerakannya.

9. Memandangkan Rahul tidak boleh bercakap atau mendengar, pihak polis berdepan cabaran yang besar.

Baca juga Tiada satu pun kereta di tujuh bandar ini, padanlah cantik, tersusun dan bebas pencemaran udara

10. Selain itu, sebatang paip oksigen turut disalurkan kepada Rahul ketika proses menyelamat dilakukan bagi menyalurkan udara segar kepadanya. Usaha menggali terowong turut menjadi sedikit perlahan disebabkan terdapat banyak batu keras di bahagian bawah tanah.

Iklan

Kepada ibu bapa di luar sana, selalulah memantau anak-anak ketika berada di luar rumah bagi mengelakkan perkara seumpama itu terjadi.

Syukur pada Tuhan, kanak-kanak berkenaan masih dapat diselamatkan walaupun berhadapan binatang berbisa ular dan kala jengking selama empat hari.

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI