5 bulan sakit kepala sampai buta, rupanya 2 batang chopstick patah tertanam di kepala 'tercucuk' otak

A
A
A

TIBA-tiba sahaja sakit kepala teruk, seorang lelaki di Dong Hoi, Vietnam menderita selama lima bulan hingga mengakibatkan buta.

Tidak hanya itu, penyakit misteri yang berlarutan itu menyebabkan hidungnya mengeluarkan cecair yang aneh.

Misteri sungguh! Apabila ditanya, lelaki itu tidak mendedahkan punca y kepada simptom yang dialaminya. Namun hasil imbasan CT menunjukkan bahagian otak yang tegang atau tension pneumocephalus setara dengan intrakranial pneumothorax, serta dua objek asing yang menjulur keluar dari hidungnya ke dalam otaknya.

Baca juga: Hilang ingatan, sakit perut, batuk & murung rupanya cacing 8cm ‘kenyang’ dalam otak nenek, kes pertama ditemui pada manusia

Selepas diperiksa dengan rapi, objek berkenaan dikenal pasti sebagai kayu penyepit patah! Ditanya bagaimana penyepit itu boleh 'masuk' dan tercucuk ke dalam tengkoraknya, pesakit berusia 35 tahun itu bingung.

Namun selepas mengimbas kembali kejadian yang berlaku lima bulan sebelum itu, akhirnya dia mampu menjelaskan keadaannya.

Katanya semasa keluar minum pada suatu malam, lelaki itu bergaduh dan insiden itu berakhir di unit kecemasan hospital.

Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan hanya menampalnya dan menghantarnya pulang. Lelaki itu mengesyaki ada orang lain yang telah memasukkan penyepit ke dalam tengkoraknya, melalui hidung, tetapi dia tidak ingat kejadian sebenar yang berlaku.

Baca juga: Suka menyendiri, dengar earphone kuat sangat dan kurang bergerak punca otak manusia jadi lemah

Kredit foto: Pexels

Selepas mempertimbangkan semua pilihan, pasukan perubatan memutuskan untuk melakukan pembedahan endoskopik melalui hidung, digabungkan dengan pembedahan mikro untuk menutup fistula tengkorak pesakit dan mengeluarkan sepasang penyepit yang patah.

Menurut Ketua Jabatan Neurosurgeri di Hospital Persahabatan Cuba, Dr Nguyen Van Man, kejadian seumpama itu sangat jarang berlaku.

Selepas penemuan dan rundingan,pembedahan endoskopik dilakukan melalui hidung untuk mengeluarkan objek asing berkenaan.

Aneh bukan? Tetapi ia benar-benar terjadi. Syukur selepas pembedahan lelaki berkenaan itu stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Jika anda mengalami masalah kesihatan yang 'misteri' seumpama ini eloklah dapatkan pemeriksaan doktor ya!

Sumber: Oddity Central

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang