TIBA-tiba sahaja mengalami hilang ingatan, seorang nenek di Australia rupa-rupanya membawa cacing gelang parasit yang biasa ditemui di sepanjang 8 sentimeter (cm) di dalam otak.

Doktor yang buntu kemudian melakukan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) terhadap pesakit, 64, selepas dia mula hilang ingatan.

Tidak hanya itu, wanita berkenaan juga mengalami simptom sakit perut, batuk dan berpeluh malam selama berbulan-bulan yang kemudian berkembang menjadi kemurungan.

MRI yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital pada akhir Januari 2021, mendedahkan terdapat luka luar biasa pada bahagian lobus frontal kanan otak.

Baca juga: 206 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang lelaki, doktor syak cuaca panas puncanya

Baca juga: Kurangkan kecacingan anak, ibu wajib tahu khasiat betik, bijinya

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Tetapi punca utama kesakitan wanita terbabit hanya terbongkar selepas pembedahan yang dilakukan pada Jun 2022.

Cacing parasit merah Latin Ophidascaris robertsi itu ditemui hidup dalam otaknya dan dipercayai berada pada organ berkenaan selama lebih dua bulan.

Difahamkan wanita itu yang tinggal berhampiran kawasan tasik di tenggara New South Wales, kini berada dalam keadaan sihat.

Kata para penyelidik dalam jurnal Emerging Infectious Diseases, kes berkenaan pencerobohan dan perkembangan larva hidup dalam otak manusia itu mengesahkan pertama kali ditemui.

Dalam pembedahan di Canberra akhir tahun lalu, pakar bedah saraf, Dr Hari Priya Bandi yang menemui cacing itu berkata dia melihat sesuatu aneh dalam otak pesakit.

Baca juga: Simpan 25 tahun, wanita miliki kuku terpanjang dunia dedah kematian anak punca tidak potong

“Saya merasakan sesuatu dan cuba menariknya keluar. Ia bergerak dan semua orang terkejut.

“Cacing yang kami temui itu ‘menggeliat’ dan sihat’ walaupun berada di luar otak,” katanya.

Dr Bandi kemudian berunding dengan pakar penyakit berjangkit, Dr Sanjaya Senanayake tentang langkah yang perlu dilakukan seterusnya.

“Semua orang di dalam bilik pembedahan menerima kejutan apabila pakar bedah mengambil beberapa penyepit untuk mengeluarkan cacing merah hidup sepanjang 8cm.

“Kami mengabaikan faktor jijik. Ini adalah jangkitan baru yang tidak pernah didokumentasi pada manusia sebelum ini,” kata Dr Senanayake.

Penyelidik memberi amaran bahawa kes ini menandakan bahaya penyakit dan jangkitan yangditularkan daripada haiwan kepada manusia.

Para saintis berkata pesakit wanita itu berkemungkinan besar dijangkiti selepas mengumpul pelbagai rumput di tebing tasik berhampiran yang juga didiami ular sawa.

Iklan

Baca juga: Sakit perut, muntah, rupanya 1 kg cacing gelang bersarang dalam usus kanak-kanak

Pakar parasit Australia, Mehrab Hossain mengesyaki wanita itu menjadi ‘tuan rumah tanpa sengaja’ selepas mencari makanan haiwan dan terdedah kepada najis ular sawa dan telur cacing gelang parasit berkenaan.

“Pencerobohan otak oleh larva Ophidascaris tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

“Pertumbuhan larva peringkat ketiga dalam perumah manusia adalah penting, memandangkan kajian eksperimen terdahulu terhadap haiwan seperti biri-biri, anjing dan kucing, tidak menunjukkan perkembangan,” tulis Dr Hossain.

Dr Senanayake yang juga seorang profesor perubatan di Universiti Nasional Australia (ANU) memberitahu BBC kes berkenaan adalah peringatan.

Pasukan ANU melaporkan bahawa 30 jenis jangkitan baru telah muncul dalam tempoh 30 tahun. Tiga perempat daripadanya adalah zoonosis iaitu penyakit yang berpunca daripada haiwan kepada manusia.

Iklan

Tak sangka cacing hidup boleh berkembang sihat dalam otak manusia, sama-samalah kita berwaspada.

Baca juga: Doktor keluarkan cacing hidup dari tonsil wanita

Sumber: BBC Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!