OTAK merupakan anggota badan paling penting dalam tubuh manusia.

Organ tersebut berfungsi mengeluarkan isyarat ke seluruh badan.

Ia membantu seseorang individu untuk bergerak, berfikir, bercakap dan memahami apa yang dilihat.

Satu info yang kita wajib tahu, kegagalan seseorang individu menjaga otak dengan baik boleh mengakibatkan organ tersebut menjadi lemah.

Laman perubatan WebMD menyatakan, terdapat beberapa kebiasaan yang sering manusia lakukan sebenarnya akan memberi kesan buruk kepada otak.

OTAK
SUMBER emre Keshavarz daripada PEXELS.

Berikut adalah lima tabiat yang boleh mengurangkan fungsi otak. Antaranya:

1. Terlalu lama menyendiri

Seseorang manusia perlu sentiasa berinteraksi dan tingkah laku suka mengasingkan diri boleh menyebabkan otak lemah.

Hal tersebut tiada kaitan dengan seberapa banyak teman Facebook yang dimiliki.

Sebaliknya, bagaimana seseorang berkomunikasi dengan orang lain.

 

Mereka yang mempunyai hanya beberapa orang rakan rapat akan lebih bahagia dan produktif.

Situasi itu juga mengurangkan risiko kemerosotan fungsi otak dan Alzheimer’s.

Individu yang kesunyian disarankan supaya menghubungi seseorang untuk bercakap.

Mereka juga boleh menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang mempunyai penglibatan orang lain seperti menari atau bermain tenis.

EARPHONE
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

2. Tetapan earphone yang terlalu tinggi

Mendengar muzik dengan terlalu kuat boleh merosakkan pendengaran dan mengundang masalah otak seperti Alzheimer’s dan kerosakan tisu otak.

Situasi itu membuatkan otak bekerja dengan lebih kuat untuk memahami apa yang diperkatakan di sekeliling.

Sebaiknya peranti tersebut tidak boleh lebih kuat daripada 60 peratus had maksimumnya.

OTAK
SUMBER Dương Nhân daripada PEXELS.

3. Kurang bergerak

Lebih lama seseorang tidak bersenam, risiko mereka menghidap dementia, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi.

Penyakit-penyakit tersebut boleh menyebabkan Alzheimer.

Justeru, setiap individu disaran untuk melakukan senaman ringan selama 150 minit seminggu.

Iklan
TIDUR
SUMBER Max Smirnov daripada PEXELS.

4. Kurang tidur

Tidur yang tidak cukup boleh mempengaruhi otak dan ia boleh menyebabkan penyakit berkaitan bahagian tubuh tersebut.

Mereka yang sukar untuk lena disarankan supaya mengelak daripada mengambil alkohol dan kafein.

OTAK
SUMBER Sofia Alejandra daripada PEXELS.

5. Tinggal dalam keadaan gelap terlalu lama

Seseorang yang tidak mendapat cahaya mudah mengalami tekanan dan ia secara tidak langsung melambatkan fungsi otak.

Kajian juga menunjukkan matahari membantu anggota tubuh itu berfungsi dengan baik.

Justeru, adalah sangat penting untuk kita mengurangkan faktor risiko yang boleh menyebabkan tekanan kepada organ terpenting tersebut.

Iklan

Baca juga: Hilang ingatan, sakit perut, batuk & murung rupanya cacing 8cm ‘kenyang’ dalam otak nenek, kes pertama ditemui pada manusia

Baca juga: Sawan, otak rosak, koma, kematian jika beri bayi minum air masak. Banyak lagi bahaya lain

SinarPlus cadangkan anda semua supaya lakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kecerdasan otak seperti melakukan aktiviti sosial dan mendapatkan tidur yang cukup.

Selain selalu bersenam, amalan diet pemakanan sihat juga membantu untuk mendapat otak yang sihat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang