7 fakta Taufan Rai, membadai Filipina 195km/j, hampir 400 maut
JIKA di Malaysia, kita sedang bergelut dengan bah, negara jiran, Filipina pun turut mengalami kemusnahan dahsyat dibadai taufan.
Actual moment when the roof of the newly-inaugurated Siargao Sports Complex Gymnasium collapsed amid the onslaught of Typhoon #OdettePH. The island is still experiencing electricity disruptions and downed communications. (via Gretchen Ho) pic.twitter.com/jPcfa2grKf
— ONE News PH (@onenewsph) ?ref_src=twsrc%5Etfw">December 20, 2021
Taufan Rai yang turut dikenali sebagai Taufan Odette adalah ribut paling kuat yang ‘super’ membadai Pulau Siargao di selatan Filipina pada 16 Disember lalu.
Paling menyedihkan, susulan bencana itu, 375 orang maut, sekurang-kurangnya 500 orang cedera manakala 56 yang lain dilaporkan hilang.
Baca juga: Baca juga: Hulu Langat Ibarat Dilanda Tsunami, 10 Hilang Di Pahang. Ini Keadaan Terkini Banjir Seluruh Negara
Berikut tujuh fakta mengenai Taufan Rai membadai Filipina:
1. Taufan Rai hadir dengan angin berkelajuan kira-kira 195 kilometer/ jam (km/j).
2. Menurut pengkaji di jabatan cuaca Filipina, Nikos Peñaranda, taufan itu lebih buruk daripada yang diramalkan. Ribut bertukar menjadi taufan super kategori 5 di mana kelajuannya sama seperti ketika kapal terbang penumpang ketika berlepas!
3. Apabila mendarat, ia membadai selaju 210 km/j. Justeru, ia disifatkan sebagai taufan yang 'ganas'.
3. Susulan dirempuh Rai pada Khamis, lebih 300,000 orang menyelamatkan diri dari rumah dan pusat peranginan.
4. Selepas merempuh bumi Filipina, kekuatannya menurun daripada daripada taufan Atlantik Kategori 5 kepada taufan Atlantik Kategori 3.
Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air
5. Taufan Rai merobek bumbung bangunan, menumbangkan pokok dan tiang konkrit, menghancurkan rumah kayu serta menyebabkan banjir di pedalaman.
6. Pada 9.30 malam Jumaat, Rai merentasi barat Palawan dengan angin berkelajuan 175 km/j yang bersamaan dengan taufan Atlantik Kategori 2.
7. Hujan lebat dan angin kencang melanda wilayah Palawan beberapa jam selepas Rai bergerak ke arah barat menuju Laut China Selatan.
Terdahulu, Taufan Haiyan atau Yolanda membadai Filipina pada tahun 2013. Ia adalah salah satu siklon tropika terkuat yang pernah direkodkan.
Siklon tropika paling kuat yang dicatatkan itu merempuh kepulauan Filipina, mengakibatkan 6,300 kematian, 26,000 cedera, 4 juta hilang tempat tinggal dan kerosakan harta benda bernilai kira-kira lebih AS$9 bilion.
Sejak tiga dekad yang lalu, Filipina merekodkan sekurang-kurangnya 205 taufan tropika iaitu yang tertinggi di Asia.
Ia diikuti China dan Bangladesh yang mana masing-masing menyaksikan 139 dan 42 kejadian taufan.
Jom follow Sinarplus di Instagram!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang