7 negara amalkan peraturan pelik, poin nombor 3 memang tak masuk akal
SETIAP negara di dunia ini mempunyai peraturan atau sistem undang-undang yang berbeza dan tersendiri.
Kebanyakan pelaksanaan tersebut menitikberatkan perbezaan budaya, agama dan etnik masyarakat itu sendiri.
Kadang-kadang, apa yang digariskan mereka tidak masuk akal. Bila kita mendengarnya pun, banyak soalan yang akan bermain di dalam benak.
Namun, apa-apapun, kita perlu dan wajib respek dengan apa yang dilakukan. Barangkali baik untuk negara masing-masing.
Lapor farandwide.com, terdapat 60 peraturan yang pelik dan tidak pernah disangka wujud sebelum ini.
Daripada kesemua itu, SinarPlus senaraikan tujuh negara yang boleh dikatakan the weirdest rule ever yang boleh membuatkan anda garu kepala.
Silap hari bulan, boleh masuk lokap jika tidak peka dengan peraturan aneh tersebut jika mana satu hari nanti anda berpeluang berkunjung ke negara yang dinyatakan seperti di bawah:
1. Denmark
- Percaya atau tidak, negara Scandinavian ini tidak membenarkan ibu bapa memilih nama anak sendiri sesuka hati.
- Hanya 7,000 nama sahaja dibenarkan oleh kerajaan Denmark dan perlu memohon kelulusan jika mahu nama lain daripada lain.
2. Singapura
- Rakyat di republik ini dilarang sama sekali makan gula-gula getah di tempat awam.
- Ya! Jangan buat main kerana tanpa disangka-sangka, kalian boleh disaman serta-merta.
3. Jerman
- Selain membenarkan pemandu memecut pada kelajuan 160 kilometer perjam, kalian perlu pastikan minyak kereta cukup ya ketika menggunakan lebuh raya di sana.
- Ini kerana menjadi satu kesalahan besar jika anda kehabisan minyak di tengah jalan.
- Jangan sesekali berani berjalan kaki ke stesen minyak berhampiran kerana anda boleh dikenakan denda berganda.
4. Itali
- Jika berkunjung ke Itali, antara destinasi tumpuan yang wajib singgah ialah dataran Saint Mark Venice yang dipenuhi burung merpati jinak.
- Anda diingatkan jangan sesuka hati memberi makan kepada burung tersebut jika tidak mahu berdepan hukuman denda hingga €700 (RM3,246.61). Fuh banyak tu!
Baca juga [VIDEO] Peliknya, fenomena hujan ganjil di Indonesia buat warganet terpukau, terkesima
5. Australia
- Jika diperhatikan, tiada seorang kanak-kanak pun yang bermain layang-layang di kawasan Victoria kerana ia diharamkan!
- Aktiviti itu dikatakan memberi gangguan kepada orang ramai dan termaktub dalam Summary Offences Act of 1966.
6. Poland
- Hanya memakai baju dengan watak kartun, Winnie the Pooh di tempat awam seperti taman permainan dan sekolah, anda boleh dikenakan tindakan.
- Di sana, mereka beranggapan watak itu memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak.
7. Georgia
- Kalau diikutkan, terdapat banyak lagi undang-undang tak masuk akal termasuk melarang membela ayam di sana.
- Ini kerana jika haiwan ternakan terlepas, anda perlu membayar denda yang mahal.
Bagi negara Islam yang mengamalkan hukum hudud seperti Arab Saudi, orang ramai juga dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan, berunsur lucah secara terbuka.
Waima emoji atau tanda isyarat tidak senonoh dalam teks atau media sosial juga tidak dibenarkan di sana.
Bagus jugakan? Barangkali peraturan yang dipraktikkan di negara orang ada sebab dan kepentingan masing-masing.
Setakat ini, di negara kita, tiada yang pelik sangat.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang