KECANTIKAN seorang wanita begitu subjektif.

Bagi sesetengah orang, mata yang bundar, rambut ikal mayang dan kulit yang mulus sudah cukup untuk menawan hati seseorang.

Kaum Hawa mungkin akan lebih dipandang tinggi jika memiliki perwatakan lemah lembut, rendah diri, bijak dan menyandang kerjaya yang bagus.

Kalau mempunyai pengetahuan agama yang baik lagilah menjadi pilihan.

wanita cantik

Baru-baru ini, Whatsup World menyenaraikan ranking wanita tercantik dari negara Islam.

Listing itu ada yang dipersetujui ramai, tapi biasalah akan ada tetap yang mengkritik.

 

Tidak pasti bagaimana penilaian dibuat, mungkin Whatsup World memuat naik informasi itu berdasarkan pandangan mereka sendiri atau undian ramai.

Adakah wanita Malaysia tersenarai? SinarPlus kongsikan butiran penuh.

1. Indonesia
– Dikatakan negara Islam pertama yang menerima undian paling tinggi untuk kategori wanita tercantik di dunia.

wanita cantik
– Wanita di sana dikatakan mempunyai keunikan wajah wanita Asia dengan kulit sawo matang dan kuning langsat selain bentuk badan yang ideal.
– Antara rahsia kejelitaan mereka adalah mengamalkan jamu, akar kayu dan rempah-ratus.

Baca juga Norhidawati wanita Islam pertama dapat pengiktirafan Royal Crown Diamond, 10 info menarik mengenainya

wanita cantik

2. Mesir
– Wanita Mesir sering dikaitkan dengan penampilan eksotik dengan kecantikan pelbagai genetik yang diwarisi dari zaman purba lagi.
– Mesir melakar sejarah yang luas dengan pemerintahan kumpulan etnik berbeza yang membawa campuran gen.
– Padang pasir juga menjadikan kulit mereka sawo matang, selain memiliki iris mata yang menawan.

wanita cantik

3. Morocco
– Selain terkenal dengan sifat merendah diri dan saling menghormati, wanita dari negara Maghribi tersebut mempunyai rejim kecantikan tersendiri.
– Mereka dikatakan mengamalkan bahan semula jadi yang ditinggalkan nenek moyang sebagai penjagaan kulit dan rambut seperti tanah liat ghassoul yang diekstrak dari tanah gunung Atlas, minyak argan dan pati ros.

Baca juga 5 tokoh wanita Islam yang wajid dijadikan inspirasi dan tauladan kaum Hawa

wanita cantik

4. Uzbekistan
– Uniknya wanita Uzbekistan ini adalah mereka memiliki warisan genetik daripada campuran Asia dan Eropah.
– Rupa paras mereka yang berkulit cerah, hidung mancung dan berambut hitam gelap, di samping fizikal yang tinggi menjadikan mereka antara wanita idaman lelaki seluruh dunia.

wanita cantik

5. Turki
– Lebih kurang sama dengan Uzbeskistan, negara yang terletak di antara Eropah dan Asia itu memiliki mata berwarna hijau dan ciri-ciri keturunan Arab.
– Buktinya, ramai artis wanita yang muncul dalam drama atau filem Turki dikatakan sangat jelita dengan hidung mancung bak seludang dan bertubuh langsing.

Baca juga 5 info menarik Nouhaila Benzina, pemain bola sepak wanita pertama berhijab

Iklan

wanita cantik

6. Pakistan
– Jangan pandang sebelah mata untuk negara Islam yang satu ini.
– Dikatakan memiliki kecantikan semula jadi dan awet muda disebabkan faktor iklim dan diet pemakanan sihat.
– Mereka bergantung dengan makanan ruji seperti bijiran dan daging.

wanita cantik

7. Emiriah Arab Bersatu (UAE)
– Tidak dinafikan wanita UAE memang ayu dengan mata yang menarik, tulang pipi simetri, mata berbentuk badam dan bibir penuh.
– Lapor The National News, penyelidikan pakar bedak kosmetik Sweden turut menemukan ciri muka bujur dan bulat digemari wanita Timur Tengah, selain kening yang terangkat.

wanita cantik

8. Arab Saudi
– Kebanyakan wanita di negara Arab itu dikenali dengan kecantikan tersendiri.
– Tidak hanya berwajah putih kemerahan, mereka juga memiliki rambut berwarna hitam yang lebat, ikal mayang dan hidung mancung.
– Ini kerana campuran pelbagai bangsa menjadikan wanita Arab unik dengan warna iris mata super hitam, hazel dan biru.

wanita cantik

Iklan

Memang tak dinafikan wanita yang disenaraikan di atas rata-ratanya memiliki keindahan wajah dan nilai jati diri yang sangat tinggi.

Pun demikian, wanita Malaysia pun cantik-cantik juga, kan? Namun, sayangnya tidak tersenarai.

wanita cantik

Apa pun, berbanggalah dengan raut wajah kita kurniaan daripada ILAHI.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang