Acah orang utan demi ‘content’, pemuda ‘dipegang’, 10 fakta perlu tahu
BARU-baru ini tular satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki dipegang kuat oleh seekor orang utan.
Pada mulanya, jejaka tinggi lampai itu bertindak seakan-akan ingin mengacah haiwan berkenaan dengan menghulurkan kedua-dua tangan.
Namun apa yang mengejutkan mamalia itu terus menarik bajunya. Saat menyedari bahawa sukar untuk melepaskan diri, dia mulai meminta tolong.
Kehadiran seorang lelaki yang datang membantu juga mendebarkan apabila dia pula yang hampir dipegang mamalia spesies primat itu.
Pergelutan terjadi berterusan sehingga lelaki berkenaan berjaya diselamatkan.
"Kakiku... kakiku ditarik. Tolong...tolong," teriaknya.
Rakaman video kejadian yang berlaku di Kebun Binatang Kasang Kulim, Kabupatan Kampar, Riau, Indonesia itu tular di laman sosial sehingga dimuat naik semula oleh beberapa pengguna yang lain.
SinarPlus kemudiannya melihat video yang sama dimuat naik ke laman sosial, TikTok oleh @leonardohardi0, dan mendapat sebanyak 3.2 juta tanda suka dengan 21.7 juta tontonan.
@leonardohardi0#indonesia#oranghutan♬ original sound - LeonardoHardi
Rata-rata warganet menzahirkan geli hati namun dalam masa yang sama bimbang.
Menurut Tribun News, pemuda berkenaan membuat permohonan maaf kerana telah memasuki pagar pembatas.
Dia juga meminta maaf atas videonya yang viral dan menyatakan tidak berniat buruk.
"Saya ingin memohon maaf atas apa yang dilakukan kerana saya telah melintasi pagar pembatas zoo," katanya yang mengakui berbuat demikian semata-mata untuk mencipta kandungan media sosial.
Baca juga: Kanak-kanak maut dibaham singa, tragedi percutian Aidilfitri
Bak kata peribahasa Melayu, yang tenang jangan disangka tiada buaya. Walaupun, orang utan itu tampak pendiam dan pasif sebenarnya dia merupakan antara haiwan yang mempunyai kekuatan yang luar biasa.
Berikut fakta mengenai makhluk berbulu, ini yang perlu diketahui:
1. Daya gigitan mencecah 600 pounds per square inch (PSI)
2. Kekuatan lengan (mengangkat): 500 paun
3. Kekuatan lengan (mencengkam): 600 paun
4. Berat boleh mencecah: 82 hingga 200 paun
5. Dianggarkan panjang lengan bermula pada jari kanan ke kiri adalah sepanjang tujuh kaki.
6. Menurut pengkaji dan ahli biologi menyatakan kekuatan orang utan adalah tujuh kali lebih kuat daripada manusia.
7. Hanya menggunakan tangan memukul pokok untuk menghasilkan bunyi.
8. Orang utan boleh mengalahkan cimpanzi tetapi tidaklah sekuat gorila.
9. Terdapat kajian menyatakan bahawa kekuatan genggaman orang utan adalah lapan kali lebih kuat daripada manusia.
10. Satu tarikan kuat orang utan boleh mengoyakkan bahagian tendon bahu manusia.
Bagaimanapun, harus diingatkan kepada golongan wanita untuk sentiasa berhati-hati apabila berkunjung ke zoo atau kawasan hidupan liar.
Hal ini kerana, kekuatan seorang wanita tidak setanding dengan kekuatan seorang lelaki dan jangan pandang enteng terhadap pasifnya orang utan kerana mereka boleh bertindak di luar jangkaan.
Sumber: wildexplained
Baca juga: Maut ditanduk, kambing kena penjara, pelik tapi benar
Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang