Ada niat nak berhijrah ke luar negara? Ini 7 destinasi yang tawar wang kepada bakal penghuni

A
A
A

ADA di antara kita mungkin mempunyai impian untuk berhijrah ke negara lain.

Faktor kos sara hidup yang semakin meningkat atau mahu meneroka tempat baharu mungkin antara punca seseorang memilih untuk berpindah.

Untuk berbuat demikian, pastinya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Pun demikian, menurut Lonely Planet, terdapat tujuh lokasi di seluruh dunia yang menawarkan insentif menarik kepada mereka yang mahu menetap di negaranya.

negara SUMBER Porapak Apichodilok daripada PEXELS.

Berikut kami kongsikan butirannya:

1. Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat

Bandar kedua Oklahoma sangat menggalakkan pekerja dari negara luar untuk berpindah ke negaranya melalui program Tulsa Remote.

Pengembara akan menerima bayaran sebanyak RM46,500 (USD10,000) bagi memulakan kehidupan baharu di wilayah tersebut.

Mereka juga akan ditawarkan untuk bekerja di 36 Degrees North yang terletak di tengah Tusla dengan elaun perumahan sebanyak RM2,300 (USD500) sebulan hingga tempoh satu tahun.

Program tersebut bermula pada November 2018 dan masih berjalan sehingga kini.

Baca juga: Terbesar di dunia! Kapal Icon of the Seas dilengkapi taman tema, boleh muatkan 7,600 penumpang

2. Albinen, Switzerland

Perkampungan Albinen yang indah di Switzerland menghadapi masalah pengurangan populasi dan dianggarkan kurang 250 orang penduduk tinggal di kawasan tersebut.

Susulan itu, kerajaan Switzerland telah menawarkan insentif kewangan kepada keluarga berminat.

Sejumlah RM125,000 (ASD 27,000) diperuntukkan kepada seorang dewasa yang berpindah ke sana.

Kanak-kanak pula akan menerima RM51,200 (ASD11,000).

Pun begitu, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Antaranya, pemohon mestilah warganegara Switzerland atau mempunyai permit pemastautin tetap.

Selain itu, penghijrah perlu komited untuk membeli sebuah rumah di dalam komuniti itu dan tinggal untuk sekurang-kurangnya 10 tahun.

3. Sardinia, Itali

Banyak kampung dan bandar di Sardinia, Itali yang terkenal dengan pantai menakjubkan menghadapi krisis pengurangan penduduk.

Untuk menangani tersebut, pihak berkuasa menawarkan skim kewangan kepada mereka yang berhasrat untuk berpindah ke sana.

Pemohon akan menerima bayaran sehingga RM75,700 (15,000 Euro) sekiranya membeli sebuah rumah dan tinggal di kawasan yang mempunyai kurang 3,000 orang penduduk itu.

 

4. Topeka, Kansas, Amerika Syarikat

Program perintis yang dipanggil Choose Topeka menarik minat pengembara untuk berpindah dan bekerja di ibu negeri Kansas dengan bayaran yang tinggi.

Sejumlah RM69,700 (ASD15,000) akan ditawarkan kepada mereka yang membeli rumah di Topeka dan RM46,480 (ASD10,000) pula akan diberikan kepada individu yang menyewa.

Program yang dilaporkan bermula tahun 2020 itu bertujuan untuk membantu meningkatkan populasi penduduk bandar berkenaan.

Ia juga diharap dapat mengisi kekosongan dalam sektor perkhidmatan kewangan, penerbitan, pendidikan dan kerajaan negara itu.

Baca juga: Luar biasa! Pesawat terhempas, ibu maut, 4 beradik bertahan hidup 40 hari di hutan Amazon jadi perhatian dunia

5. Vermont, Amerika Syarikat

Kerajaan negeri Vermont menawarkan skim penempatan semula di kawasan Vermont yang indah dengan tasik dan hutan menerusi program New Remote Worker Grand sejak 2019.

Permohonan bantuan untuk menampung kos penempatan semula itu bagaimanapun berdasarkan skim ‘siapa cepat dia dapat’.

6. Santiago, Chile

Kerajaan Chile sedang berusaha untuk mengubah ibu kota Santiago menjadi hab teknologi antarabangsa.

Disebabkan itu, mereka mempelawa golongan usahawan untuk berhijrah ke bandar itu dengan insentif RM185,920 (AS40,000).

Program yang dilancarkan pada tahun 2010 dan dikenali sebagai Start-Up Chile itu menawarkan beberapa projek perniagaan termasuk program khusus diterajui oleh golongan wanita.

Mereka yang terpilih akan diberikan visa kerja selama setahun, ruang untuk bekerja dan akses kepada rangkaian kenalan.

Selain mempunyai ekonomi yang kukuh dan stabil, Santiago ialah tempat yang cukup menarik untuk tinggal dan bekerja.

7. Presicce-Acquarica, Itali

Terletak di Salento, Itali, bandar kecil Presicce-Acquarica telah dibentuk pada tahun 2019 melalui penggabungan majlis perbandaran Presicce dan Acquarica del Capo.

Pekan baharu itu hanya mempunyai kurang 10,000 penduduk.

Susulan itu, pihak berkuasa tempatan melancarkan program dipanggil "Selamat Datang ke Presicce-Acquarica."

Mana-mana individu dan keluarga yang memilih untuk berpindah ke Presicce-Acquarica akan menerima sumbangan sebanyak RM151,500 (30,000 Euro).

Kos tersebut untuk pembelian rumah dan sebarang pengubahsuaian yang mungkin diperlukan.

Baca juga:Republik Czech negara yang punya ramai lelaki berkepala botak paling ramai di dunia! Ini ceritanya

Baca juga:Atlet futsal wanita negara dilamar kelab Amerika Syarikat, 10 info berkaitan Intan Serah

Mengembara ke negara orang dan memulakan kehidupan baharu adalah sesuatu yang mengujakan.

Lokasi yang ditawarkan juga kebanyakannya cantik dan sesuai untuk seseorang memulakan kehidupan baharu. Apa pun, persiapan mental dan fizikal diperlukan untuk kita lakukan perubahan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang