Aduhai, gara-gara mahu elak sekatan, ada yang sanggup naik rakit dan sampan pulang ke kampung

A
A
A

LARANGAN merentas negeri dan daerah bukan sahaja dilaksanakan di Malaysia menjelang Aidilfitri, bahkan beberapa negara jiran lain turut mempraktikkan kaedah sama.

Antaranya di Indonesia. Bagi negara republik yang mempunyai rakyat beragama Islam itu paling ramai di dunia itu, sambutan hari raya menjadi hari yang ditunggu-tunggu untuk meraikan bersama keluarga tersayang.

Pun begitu, disebabkan larangan merentas kawasan dengan pelaksanaan sekatan jalan raya secara besar-besaran menjelang Syawal dilakukan pihak berkuasa, ia membuatkan penduduk di Jawa Barat mengambil pendekatan agak ekstrem.

rentas sungai balik kampung

Mana tidaknya, segelintir penduduk kawasan itu sanggup merentas sungai dengan membawa kereta dan motosikal demi mengelakkan sekatan.

Lapor suara.com, pihak polis telah melakukan kawalan di beberapa kawasan termasuk di jambatan Sungai Citanduy, Jabar, Jawa Barat mendorong penduduk menggunakan sampan dan rakit untuk ke Jateng, Jawa Tengah.

Apa yang lebih mengejutkan, trend pulang ke kampung menggunakan jalan air semakin popular sebagai salah satu alternatif bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa.

rentas sungai balik kampung

Bukan itu saja, tular beberapa gambar penduduk yang nekad menggunakan rakit dan bot kecil untuk pulang ke kampung tanpa mengendahkan larangan kerajaan.

Masakan tidak, jumlah penduduk yang menggunakan khidmat itu semakin hari semakin ramai terutamanya menjelang minggu terakhir Ramadan kerana dikatakan operasi dibuka 24 jam!

SinarPlus difahamkan, laluan sungai itu bukannya satu alternatif baharu yang digunakan, tetapi sudah bertahun-tahun menjadi jalan air buat mereka yang mempunyai kampung berhampiran sungai tersebut.

rentas sungai balik kampung

Lima laluan sungai itu bukan saja menghubungkan kawasan Jawa Barat, bahkan wilayah Tarisi, Kecamatan Wanareja, Kabupaten Cilacap, Jateng di Jawa Tengah.

Bayangkan jika di Malaysia berlaku situasi yang sama? Tak tahulah nak kata apa, tetapi ia hampir mustahil boleh dipraktikkan di negara ini.

Namun, tak tahulah kalau terdesak sangat. Harap-harap tidak ya, fikirkan keselamatan anda, hargai nyawa sendiri.

rentas sungai balik kampung

Sekarang inipun, kes sudah mencecah ribuan dan tidak mustahil akan meningkat jika tiada kerjasama orang ramai.

Sedih memang sedih kerana tidak dapat menyambut raya di kampung bersama ibu bapa dan ahli keluarga lain, namun apa boleh buat?

Semua perlu akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan hanya bertujuan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat. #kitajagakita

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang