SURATAN jodoh dan ajal di tangan ALLAH. Seperti seorang wanita di Sulawesi ini, perancangan naik pelamin bersama cinta hati tidak kesampaian apabila gadis itu terdahulu kembali ke rahmatullah.

Lapor Tribunnews, wanita dikenali sebagai Aulia Istiqamah itu menghembuskan nafas terakhir hanya beberapa jam sebelum acara akad nikah berlangsung di Bombana, wilayah Sulawesi Tenggara.

Kisah yang dimuat naik di Facebook kemudian tular. Allahyarham sepatutnya mengahwini pasangannya, Dedi Septian pada 5 Mac lalu.

Malah sehari sebelum majlis berlangsung, wanita itu sempat mencuba gaun pengantin dan pakaian adatnya.

Bagaimanapun pada hari perkahwinan lebih kurang jam 03.00 pagi, pengantin perempuan mengalami sawan.

Keluarga mendedahkan bakal pengantin perempuan itu mengeluh pening kepala. Lantas keluarganya memanggil bidan di kampung untuk memeriksa.

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang photoshoot terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Baca juga: Terima mas kahwin 1 bilion termasuk 500 gram emas, pernikahan anak pendakwah ini buat ramai ternganga, bertuah badan!

Hasil pemeriksaan, ternyata Aulia mengalami tekanan darah tinggi.

Ketika itu, pihak keluarga sedang sibuk menghias kediaman mereka sempena majlis yang bakal berlangsung.

“Saat itu saya sedang mendekorasi, saya terdengar jeritannya tetapi ia tidak lama. Selepas seminit dua dia menjerit semula,” katanya.

Melihat keadaan Aulia yang semakin tidak sihat, bidan dan keluarga bersetuju untuk membawanya ke hospital pada jam 7 pagi.

Semasa menjalani rawatan di hospital, proses akad nikah masih diteruskan.

Baca juga: Pengantin berhijab, suami menari beramai-ramai, majlis kahwin tular tidak ubah seperti kelab malam

Baca juga: Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan ikut syarak jadi inspirasi, jaga pergaulan

Iklan

“Ketika pengantin perempuan di hospital, pengantin lelaki di Kantor Urusan Agama untuk meneruskan akad nikah,” kata ahli keluarga itu menahan sebak.

Bagaimanapun, selepas menjalani rawatan seketika, keadaan mangsa tidak pulih dan disahkan meninggal dunia.

Berikut SinarPlus kongsikan sedikit info berkenaan tekanan darah tinggi.

Penyakit ini sering digelar pembunuh senyap kerana simptom-simptomnya jarang dijumpai pada peringkat awal. Ini juga antara sebab ramai pesakit tidak didiagnos dan dirawat.

Bacaan tekanan darah terlalu tinggi boleh menyebabkan situasi seperti berikut:
-Sakit kepala
-Kelesuan dan gelisah
-Hidung berdarah
-Keletihan
-Loya dan muntah
-Penglihatan yang kabur
-Kesakitan pada bahagian dada dan sesak nafas.

Iklan

Awas, jika anda mengalami tanda-tanda ini, jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan dengan segera!

Sumber: Tribunnews, Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!