Akibat salah tanam embrio IVF, suami isteri saman klinik kesuburan

A
A
A

SIAPA tidak kecewa apabila bayi yang dikandung dan dilahirkan sebenarnya bukan anak daripada keturunan sendiri.

Pasangan suami isteri, Daphna dan Alexander Cardinale menyaman sebuah klinik kesuburan kerana didakwa cuai mensenyawakan benih individu tidak dikenali.

Mereka mulanya mengesan bayi terbabit mempunyai rambut hitam dan berkulit lebih gelap, sangat berbeza berbanding dengan ahli keluarga yang lain.

Segalanya terbongkar apabila keputusan ujian DNA mendapati bayi itu tiada mempunyai pertalian darah.

Anak pertama pasangan itu bernama bayi berkenaan.

Ia sekali gus membuktikan selama ini mereka telah membesarkan anak orang lain.

Dalam perkembangan terkini, mereka telah menghantar bayi berkenaan kepada ibu bapa biologi walaupun kedua-duanya mengakui amat menyayanginya.

Malah pasangan itu telah mengambil bayi mereka daripada pasangan terbabit pada Januari 2020.

Jelas menjadi mangsa kecuaian, pasangan berkenaan menyaman California Center for Reproductive Health dan makmal embriologi atas dakwaan salah laku, termasuk penyelewengan perubatan dan kecuaian.

Menurut CBS News, klinik berkenaan mendakwa embrio milik pasangan itu tertukar ketika dihantar ke makmal embriologi untuk ujian genetik.

Setelah berhadapan situasi mengecewakan itu, Cardinales berkongsi nasihat dengan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan agar bertanya soalan berkenaan protokol perlindungan yang ditetapkan.

Dianggarkan 1.9 peratus kanak-kanak Amerika Syarikat dilahirkan menerusi rawatan kesuburan setiap tahun.

Rawatan persenyawaan in-vitro atau in-vitro fertilisation (IVF) adalah salah satu teknologi membantu wanita yang menghadapi masalah kesuburan untuk hamil di mana telur isteri akan disenyawakan dengan sperma suami bagi proses persenyawaan.

Seterusnya, telur yang telah disenyawakan berkembang menjadi embrio akan diletakkan semula ke dalam rahim ibu sehingga bersalin.

Baca juga: “Tak Setuju Saiz, Jangan Makan, Peniaga Pula Jangan Perangkap”- Isu Siakap 'Kayangan,' Ini Ulasan UAI

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: CBS News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang