Akuarium silinder terbesar di dunia pecah, 1 juta liter air akibatkan ‘tsunami’, ribuan ikan eksotik bergelimpangan

A
A
A

SEBUAH akuarium berbentuk silinder setinggi 46 kaki yang menempatkan kira-kira 1,500 ikan eksotik pecah.

Akuarium adalah yang dinamakan Aquadom itu terletak di ruang legar hotel Radisson Collection di kompleks perniagaan dan riadah DomAquarée di Berlin, Jerman.

 

Baca juga: Ikan hampir 100 tahun ditempatkan di sebuah akuarium khas. Haiwan ini suka makan buah segar!

Menurut laman web kompleks DomAquarée, AquaDom ialah akuarium silinder berdiri bebas terbesar di dunia. Ia dilengkapi lif berdinding lutsinar untuk pelawat.

Insiden berkenaan mencederakan dua orang dan menyebabkan ruang dalam kompleks berkenaan dibanjiri air.

Tidak hanya air, ia juga membawa Bersama serpihan kaca dan hidupan akuatik termasuk 1,500 ekor ikan esotik melimpah hingga ke jalan raya berhampiran.

Laman sesawang AquaDom mendedahkan akuarium silinder terbesar di dunia itu berketinggian 25 meter (82 kaki) manakala Union Investment Real Estate menjelaskan Jumaat bahawa akuarium itu ketinggian 14 meter (46 kaki).

Baca juga: Covid-19 : Ini punca Nemo si ikan laut giat membiak dan bertelur dalam akuarium

Terdapat spekulasi suhu beku yang turun sehingga -10 darjah Celsius menyebabkan keretakan pada tangki kaca akrilik dan kemudiann menyebabkannya meletup. Polis juga mengesahkan tidak menemui bukti perbuatan berniat jahat.

Hampir kesemua 1,500 ikan yang berada di dalam akuarium itu mati. Bagaimanapun pihak berkuasa tempatan, Berlin Mitte mengesahkan melalui Twitter masih terdapat ikan pada dasar akuarium yang telah diselamatkan.

Sandra Weeser, ahli parlimen Jerman yang menginap di hotel itu berkata beliau dikejutkan oleh dentuman kuat yang disangkanya gempa bumi.

Baca juga: Ikan kap dua badan satu kepala, penemuan 'rare' lelaki ini menjadi sensasi di media sosial

“Terdapat serpihan (kaca) di mana-mana. Perabot, semuanya telah dilimpahi air. Ia kelihatan seperti zon perang," katanya.

Polis berkata kedai coklat Lindt dan beberapa restoran di kompleks bangunan yang sama serta tempat letak kereta bawah tanah di sebelah hotel mengalami kerosakan.

Jurucakap bomba berkata, pakar keselamatan bangunan sedang menilai sejauh mana hotel itu mengalami kerosakan struktur.

Baca juga: Arapaima, ikan air tawar terbesar di dunia ganggu ekosistem ikan tempatan, berikut 23 spesies ikan alien' lain

Sumber: AP, CNN

Foto: AP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Sertai grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang