SEORANG bayi perempuan di bandar Rafah, Gaza meruntun hati ramai selepas berjaya diselamatkan daripada rahim ibunya yang syahid dalam serangan Isra4l.

Bayi berkenaan yang dikeluarkan daripada rahim ibunya, Sabreen Al-Sakani yang maut dalam menerusi pembedahan caesarean dari rahim.

Sabreen yang sedang hamil 30 minggu terkorban bersama suami dan seorang anak perempuan.

Lebih menyentuh hati, bayi pramatang seberat 1.4 kilogram itu ditampal pita dengan perkataan ‘Bayi syahid Sabreen Al-Sakani’ pada dadanya.

Baca juga: ‘Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Baca juga: Wanita Israel terkejut, maklumat tempat lahir diubah ‘Wilayah Palestin yang Dijajah’ pada pasport UK

Menurut bapa saudara Sabreen, kakak kepada bayi malang itu dikenali sebagai Malak mahu si kecil itu dinamakan sebagai Rouh yang bermaksud roh dalam bahasa Arab.

Si kecil berkenaan kini semakin stabil dan beransur pulih. Doktor yang merawat, Dr Mohammed Salama berkata bayi perempuan itu dijangka akan tinggal selama tiga hingga empat minggu di hospital berkenaan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

“Kami akan mempertimbangkan siapa ahli keluarga yang akan menjaga, sama ada ibu saudara, bapa saudara atau datuk serta neneknya.

“Ini adalah tragedi yang amat mengerikan di Rafah, yang bukan lagi asing kepada kekejaman. Walaupun anak ini terselamat, dia dilahirkan sebagai anak yatim piatu,” katanya.

Baca juga: Pejuang isu P4lestin akhirnya dikurnia hidayah, Shaun King dan isteri peluk Islam pada 1 Ramadan

Baca juga: ‘Mereka rampas rumah kami.’ Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

“Malak sudah tiada, kini yang tinggal hanya Rouh,” kata bapa saudara bayi berkenaan, Rami Al-Sheikh

Warga maya menzahirkan rasa pilu mengenang nasib bayi berkenaan dan mendoakan si kecil itu membesar dengan sihat walaupun tanpa kehadiran kedua ibu bapa di sisi. Ujar mereka;

“Ini sangat menyedihkan. Bartahankan wahai anak kecil.”

Iklan

“Sangat sedih melihat anak sebegitu akan membesar tanpa ibu bapa.”

“Saya tidak dapat membayangkan diri saya membesar tanpa mengenali ahli keluarga saya. Semoga ALLAH melindunginya.”

“Sayunya, si kecil hadir ke dunia ini sendirian.”

Ibu si kecil ini bersama bapa dan kakaknya terlibat dalam serangan melibatkan dua buah rumah semalam.

Iklan

Dilaporkan 13 kanak-kanak daripada sebuah keluarga yang terbunuh di salah sebuah rumah dalam serangan kejam itu.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!