Pejuang isu P4lestin akhirnya dikurnia hidayah, Shaun King dan isteri peluk Islam pada 1 Ramadan

A
A
A

PENULIS dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri Dr Rai King telah memeluk Islam pada hari pertama Ramadan.

Dalam siaran langsung yang dikongsikan Profesor Khaled Beydoun di Instagram, menunjukkan Shaun dan Rai melafazkan syahadah dengan bantuan ulama dan aktivis, Omar Suleiman.

Baca juga: 5 tahun peluk Islam Maryam menangis terima hadiah pakej umrah, dedah sudah lama idam ke Tanah Suci

Baca juga: Bertemu Islam ketika mencari tujuan hidup, ini kisah hijrah legenda rugbi Sonny Williams

Baca juga: 'Abang Sabri ialah ustaz saya.' Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

"ALLAH MAHA BESAR! Luar biasa apabila menyaksikan saudara baru Shaun King dan isterinya baru sahaja memeluk Islam!

"Alhamdulillah! Rasa bertuah dapat bertemu Brother Shaun yang memperjuangkan hak keadilan masyarakat dan sosial selama ini. Keikhlasan dan dedikasinya kepada iman dan nasib orang yang tertindas sentiasa terpancar.

 

"Saya sentiasa berdoa agar beliau mendapat hidayah dengan Islam

"Saya berasa gembira Ramadan bermula dengan kami menjadi saudara seagama," titip peguam, Hassan Shibly.

Baca juga: Kevin Zahri sebenarnya mualaf, dedah dalami Islam pada usia 12 tahun

Baca juga: Margaret Gan peluk Islam pada usia 79 tahun, gembira Ardini Angeline Tan kini mualaf

Shaun yang berusia 44 tahun terkenal dengan promosi keadilan sosial termasuk pergerakan Black Lives Matter yang memperjuangkan antiperkauman dan diskriminasi dan ketikdaksamaan dialami orang kulit hitam.

Pada 25 Disember lalu, Shaun mendakwa Instagram mengharamkan akaunnya kerana sokongannya terhadap P4lestin. Beliau banyak berkongsi banyak jawatan pro-Palestin sejak 7 Oktober, mendedahkan kemusnahan di Semenanjung Gaza dan menyeru agar peperangan dan kekejaman Israel di wilayah itu dihentikan.

Baca juga: Nenek di United Kingdom dapat hidayah, peluk Islam pada usia 84 tahun

Baca juga: Purata 10 orang peluk Islam di Perancis setiap hari… Hidayah ALLAH datang kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA

Beliau yang mempunyai lebih enam juta pengikut, melahirkan kekecewaan terhadap larangan Instagram ke atasnya kerana memperjuangkan hal dan maruah Palestin yang dicabuli Isr4el.

Sumber: Instagram imamomarsuleiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang