Anak istimewa raih 3 anugerah tertinggi di Amerika, Dewi Yull luah rasa syukur & bangga!

A
A
A

BANGGA dan syukur. Itu kata-kata yang dizahirkan oleh selebriti terkenal Indonesia, Dewi Yull tatkala melihat kejayaan yang diraih anak bujangnya.

Untuk makluman, Dewi Yull atau nama sebenarnya Raden Adjeng Dewi Pudjijati merupakan penyanyi yang tidak asing lagi buat peminat di republik itu dan Malaysia sekitar tahun 1970-an dan 1980-an.

Sesungguhnya, cerita selebriti berkenaan amat menyentuh perasaan.

Beliau dikurniakan dua anak istimewa. Namun, penyanyi itu tidak pernah berasa malu, jauh sekali merungut dengan anugerah daripada-NYA.

Giscka Putri Agustina Sahetapy dan Surya Putra Sahetapy, kedua-duanya dilahirkan pekak dan bisu.

Pun begitu, Giscka Putri meninggal dunia pada tahun 2010 akibat radang otak.

ANUGERAH

Setelah kehilang sang puteri, Surya Putra ujar Dewi Yull, sangat membanggakannya.

Masakan tidak, remaja tersebut mempunyai kelebihan setanding insan normal lain.

Justeru, beliau sanggup berkorban apa sahaja termasuk memberi pendidikan yang terbaik.

Menerusi satu hantaran, Dewi Yull berkongsi kejayaan Surya Sahetapy yang berjaya menggenggam tiga anugerah.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Lebih membahagiakan, anak ketiga beliau merupakan satu-satunya mahasiswa yang meraih tiga pencapaian istimewa buat kali pertama sepanjang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di New York, Amerika Syarikat.

Difahamkan, sistem pembelajaran di Indonesia lebih menekankan bahasa verbal dan tulis serta tidak banyak meneroka bahasa isyarat bagi mereka yang dilahirkan pekak dan bisu.

Justeru, Dewi Yull beliau nekad menghantar anaknya ke Amerika Syarikat.

Ia juga adalah permintaan Surya Sahetapy sendiri yang kagum dengan fasiliti yang disediakan untuk golongan kelainan upaya sepertinya.

Baca lagi Gara-gara tak tahan dengar anak menangis, bapa bunuh dengan tekup muka bayi dengan bantal

UCAPAN UNTUK KAKAK

Sementara itu, hantaran Surya Sahetapy yang mendedikasi kejayaannya terhadap si kakak yang telah meninggal dunia mengundang sebak.

Tulisnya: "Hai Gisca! Saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa saya telah dipilih sebagai Pelajar Siswazah Cemerlang dalam kategori Ijazah Sarjana Sains dan Perwakilan Kolej Siswazah NTID untuk tahun akademik 2022-2023.”

"Selain itu, saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pelajar Antarabangsa. Ayah dan ibu akan berada bersama ketika majlis graduasi saya. Tidak sabar untuk mengalu-alukan mereka ke Rochester, New York!.”

Baca ni Peroleh RM2.6 Juta sebulan, wanita 23 tahun ini bergelar jutawan dengan hanya kerja bersih rumah!

Siapa yang tak bangga, kan, anak yang serba kekurangan, namun cemerlang dalam pelajaran.

Mak ayah di luar sana yang ada memiliki anak istimewa, tolonglah jangan sia-siakan mereka.

Beri peluang, mana tahu mereka boleh berjaya dan menjadi orang ternama.

Baca lagi 'Tidak boleh mengandung, anak warisi genetik.' Kisah pasangan kerdil dan tiga anak ini undang sebak!

Sumber  Instagram dewiyullofficial & Hai Bunda, Indonesia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang