Anak nelayan bergelar jutawan, ini kisah Utari Octavianty yang bangunkan laman web dagangan ikan
KISAH Utari Octavianty yang gigih mengubah masa depan dirinya yang berasal daripada sebuah keluarga nelayan boleh menjadi contoh dan teladan kepada buat para wanita seluruh dunia.
Masakan tidak, baru berusia 28 tahun, Utari yang berasal dari perkampungan penangkap ikan di Kampung Bahru, Kalimantan Timur, Indonesia sudah bergelar jutawan.
Hanya bermula daripada minat yang sukakan makanan laut, perjalanan bisnes wanita muda itu menjadi mudah selepas laman web ciptaannya, ARUNA popular pada tahun 2015.
Lapor CNBC, Utari bersama dua rakannya membangunkan platform dagangan tersebut untuk menghubungkan pelanggan terus kepada pembekal hasil laut.
Beliau pada mulanya menyertai pertandingan Hackathon Merdeka untuk mendapatkan modal perniagaan dan siapa sangka, mereka menang!
Lagi menambah kejutan, ARUNA sudah mencatat jumlah permintaan makanan laut bernilai 1,000 tan daripada pelanggan yang rata-ratanya pemilik restoran dan pengimport.
Hanya bermodalkan dua komputer peribadi dan wang tunai berjumlah RM3,242 yang dimenangi, mereka bertiga terus membuka langkah drastik.
"ARUNA akhirnya berjaya mengeksport 44 juta kilogram makanan laut ke tujuh negara tahun lalu, antaranya di Amerika Syarikat dan China," katanya.
Pada Januari lalu, ARUNA turut mengumumkan pembiayaan susulan Siri A bernilai RM138.9 juta diketuai oleh Vertex Ventures Asia Tenggara dan India.
Terdahulu, beliau menerima pembiayaan pertama bernilai RM301 juta untuk projek yang sama, sekali gus menjadi modal terbesar untuk syarikat dalam kategori start-up.
Sehingga kini, lebih 26,000 nelayan merentasi 150 komuniti nelayan di Indonesia menggunakan perkhidmatan ARUNA untuk meningkatkan pendapatan.
KISAH SILAM
Di sebalik kejayaan yang dicipta, rupa-rupanya terselit cerita duka apabila Utari mengakui dirinya sering dibuli disebabkan latar belakang keluarga.
Kehidupan di perkampungan terpencil mengehadkan anak-anak nelayan untuk mendapatkan akses pendidikan sempurna dan dianggap tidak boleh berjaya.
Pun demikian, ibu bapa Utari tetap berusaha untuk menghantarnya ke sekolah di bandar.
"Disebabkan miskin, sementelah saya anak nelayan, saya diejek dan dibuli oleh rakan sebaya. Masa itu saya hanya pendam dan menulis semua itu dalam sebuah diari.
Baca juga Hanya jual koleksi terpakai, kisah Mona Mejia capai keuntungan lebih RM3 juta buat ramai teruja
"Pada saat itu juga saya berazam untuk memastikan kampung saya terkenal bukan kerana kemiskinan, tetapi sebuah lokasi yang berpotensi," katanya.
Benarlah, rezeki memihak kepada mereka yang rajin dan sentiasa berusaha. Semua yang dihasratkan menjadi realiti.
Pada usia masih muda, Utari memulakan karier sebagai penyelaras (aggregator) rantaian bekalan makanan laut dan memberikan nelayan akses kepada rangkaian global.
Hari ini, syarikat yang dibangunkan sudah bernilai jutaan ringgit. Memang hebat!
Moga kisah wanita berjaya tersebut menjadi panduan buat anak muda khususnya anak nelayan supaya bijak menggunakan teknologi untuk kelestarian industri perikanan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang