ATLET sukan seni bela diri campuran (MMA), Victoria Lee dilaporkan meninggal dunia pada 26 Disember lalu.

Difahamkan, kakaknya, Angela Lee, mengesahkan kematiannya semalam menerusi laman Instagram dan dia mengatakan ia perkhabaran yang sukar buat keluarganya untuk memaklumkan mengenai perkara itu.

“Pada 26 Disember 2022 keluarga kami mengalami keadaan yang diharapkan tidak perlu dilalui oleh keluarga lain.

“Amat sukar untuk mengumumkan hal ini. Victoria kami meninggal dunia. Dia pergi terlalu cepat dan keluarga kami benar-benar hancur sejak itu. Kami merinduinya. Lebih daripada segala-galanya di dunia ini. Keluarga kami tidak akan pernah sama. Kehidupan tidak akan pernah sama,” tulisnya.

Kematian Victoria Lee di Hawaii diumumkan secara terbuka oleh Taman Memorial Valley of the Temples di Kaneohe, Jumaat lalu namun punca kematiannya tidak diberitahu kepada umum.

Baca juga Tak puas hati isteri minta cerai, lelaki kejam ini tembak semua ahli keluarganya sampai mati

Kredit foto: CNA

Sementara itu, ini info berkaitan Victoria Lee;

1. Victoria Lee dilahirkan di Hawaii, Victoria Lee mewakili dua negara iaitu Amerika Syarikat dan Singapura sebagai ahli pasukan MMA United dan Evolve MMA.

2. Victoria dilantik sebagai penolong tenaga pengajar di Evolve MMA, rangkaian gim seni bela diri di Singapura.

Iklan

3. Menurut South China Morning Post, dia dijadualkan bertanding dalam perlawanan MMA Profesional keempatnya menentang Zeba Bano di India pada 14 Januari di Bangkok.

4. Dia turut diberi gelaran ‘The Prodigy’ dan merupakan adik kepada ONE juara lightweight dan welterweight Christian Lee.

5. Difahamkan, Victoria Lee membuat penampilan pertama MMA profesionalnya pada Februari 2021, mengalahkan pemain Thailand Sunisa Srisen.

Iklan

Sumber: CNA, South China Morning Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.