LEGENDA bola sepak Pelé menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung kanser. Dunia bola sepak sedang berduka selepas ikon Brazil itu diumumkan meninggal dunia.

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, 82, menjalani rawatan untuk kanser kolon sejak 2021 pergi buat selama-lamanya di sebuah hospital di São Paulo pada Khamis.

Dimasukkan ke hospital sejak November, Hospital Israelita Albert Einstein mengesahkan kematian pemain bola sepak itu akibat kegagalan beberapa organ akibat kanser yang dihidapinya.

Baca juga: Bintang Power Ranger Hijau, Jason David Frank meninggal dunia

Anak perempuan Pelé, Kely Nascimento, 54, menitipkan kata-kata pilu mengenang pemergian bapa.

“Segala-galanya kami terhutang denganmu. Kami sangat menyayangimu, berehatlah dengan tenang,”tulisnya di Instagram.

Sebelum Krismas, anak perempuan Pele menyiarkan gambar di hospital.

Stadium tempat Pelé bermain beberapa perlawanan terbaik dalam kariernya juga akan mengadakan upacara pengebumian bintang itu pada hari Isnin dan Selasa.

Santos, kelab Pelé bermain di Brazil berkata dalam satu kenyataan akan dapat memberikan penghormatan terakhir di Stadium Vila Belmiro.

Jurucakap Santos berkata, jasad legenda bola sepak dunia itu akan meninggalkan Hospital Albert Einstein di Sao Paulo awal pagi Isnin dan akan ditempatkan di bulatan tengah padang.

Lawatan akan bermula pada hari Isnin jam 10 pagi dan berakhir pada hari berikutnya pada masa yang sama.

Keranda Pelé akan dibawa melalui jalan-jalan di Santos dan akan melalui di hadapan rumah ibunya yang berusia 100 tahun, Celeste.

Pengebumian yang akan dihadiri hanya keluarga dijadualkan akan berlangsung di Memorial Necrópole Ecumênica, Santos.

Baca juga: Jersi nombor 7 Cristiano Ronaldo laku keras, berikut 5 pemain legenda nombor 7 dalam sejarah bola sepak

Dikagumi ramai dan menjadi inspirasi pemain muda, pemergian Pelé dirasai. Nama-nama besar bola sepak dunia menzahirkan kehilangan sebutir bintang.

“Takziah saya ucapkan kepada seluruh Brazil, dan khususnya kepada keluarga Encik Edson Arantes do Nascimento.Inspirasi untuk jutaan orang, rujukan kami semalam, hari ini dan selamanya.

“Cinta yang awak selalu tunjukkan pada saya dibalas dalam setiap detik yang kita kongsi walaupun dari jauh.

“Beliau tidak akan dilupakan dan ingatannya akan kekal selama-lamanya dalam setiap daripada kita pencinta bola sepak. Tenanglah, Raja Pele,” titip Cristiano Ronaldo.

Lionel Messi dan Ronaldo kedua-duanya memberikan penghormatan penuh emosi mereka apabila mendengar berita pemergian bintang itu.

Pemenang Piala Dunia Argentina, Lionel Messi menyiarkan gambarnya di Instagram bersama Pele.

“Rehat dengan tenang, @pele,” tulisnya.

Iklan

Pemain Brazil yang memakai jersi 10, Neymar menzahirkan rasa pilu dan berkongsi foto bersama Pele.

“Sebelum Pelé, “10” hanyalah angka. Saya pernah membaca frasa ini di suatu tempat, pada satu ketika dalam hidup saya. Ayat ini cantik, tetapi tidak lengkap.

“Bola sepak hanyalah sukan, Pelé telah mengubah semuanya. Beliau menukar bola sepak menjadi seni dan hiburan. Beliau memberi suara kepada orang miskin. Beliau menaikkan Brazil. Beliau telah pergi tetapi sentuhannya kekal. Pelé adalah SELAMANYA!!”

Baca juga: Postingkemenangan Messi di Instagram terima like paling banyak, kalahkan telur

Tujuh fakta Pelé

1-Pelé yang dilahirkan pada 23 Oktober 1940 di sebuah perkampungan kecil di Minas Gerais, Brazil.

2-Bapanya, Joao Ramos do Nascimento bermain bola sepak secara profesional namun kehidupan mereka sekeluarga masih miskin.

3-Mula bermain di pentas Piala Dunia Sweden 1958 pada usia 17 tahun, Pele pemain termuda yang pernah menyertai kejohanan berprestij itu.

Iklan

4-Pelé Bersara pada 1977. sepanjang karier beliau menjaringkan 77 gol dalam 92 perlawanan untuk Brazil.

5-Pemain ikonik itu merupakan bahagian penting dalam ketiga-tiga pasukan Piala Dunia 1958, 1962 dan 1970 membuatkan lawan terkeliru dengan pergerakan, kemahiran, kawalan bola dan aksi hebatnya.

6-Digelar The King, Pelé memenangi tiga Piala Dunia bersama Brazil dari 1958 dan 1970 menjadikan beliau satu-satunya pemain dalam sejarah bola sepak yang mencapai kejayaan itu.

7-Pelé menjaringkan 1,279 gol dalam 1,363 perlawanan, termasuk perlawanan persahabatan, Pelé diiktiraf dalam Rekod Dunia Guinness.

Baca juga: Mokhtar Dahari dikenang, 89 jaringan gol diiktiraf FIFA

Baca juga: Ke mana tumpahnya kuah? Irfan, Ikhsan, Ilhan ikut jejak langkah Fandi Ahmad jadi bintang bola sepak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.