'Bangkit semula' sambil tersenyum selepas 11 hari ditanam, wanita 'zombie' ini undang tumpuan

A
A
A

PADA tahun 1915, satu negeri di Amerika Syarikat (AS) pernah digemparkan dengan berita seorang wanita yang disahkan meninggal dunia akibat epilepsi, tersenyum dan bangun daripada keranda selepas 11 hari ditanam.

Essie Dunbar berasal dari Carolina Selatan ketika itu berusia 30 tahun, dianggap sebagai 'zombie' oleh penduduk tempatan selepas kembali daripada kematian.

Kejadian itu berlaku selepas adiknya meminta perkhidmatan gali kubur untuk berjumpa dengan Essie buat kali terakhir.

Permintaan itu kemudian mendapat persetujuan para menteri untuk menggali semula keranda yang diturunkan sedalam enam kaki.

Yang paling mengejutkan orang yang datang memberi penghormatan, apabila dibuka penutup keranda, Essie dilihat duduk dan tersenyum.

Menurut sumber, disebabkan kejadian tidak disangkakan itu, tiga menteri terjatuh ke dalam kubur dan menyebabkan salah seorang daripada mereka mengalami patah tulang rusuk.

Baca juga:Wanita disahkan mati akibat wabak Covid-19, ‘hidup semula’ selepas dua minggu dikebumi

Adiknya sendiri percaya beliau adalah hantu dan melarikan diri dalam ketakutan bersama-sama orang yang berkabung.

Susulan berita tergempar itu, Essie menjadi personaliti popular di AS.

“Beliau mempunyai ramai kawan hari ini dan mendapat bantuan kebajikan setiap bulan.

"Selain itu, Essie juga bekerja memetik kapas," kata doktor tempatan, Dr O.D Hammond, yang merawat salah seorang menteri yang cedera semasa pengebumian tersebut.

Baca juga:Wanita sanggup fun run sambil flip pankek sepanjang larian, ini tradisi lucu lebih 500 tahun

Wanita itu bagaimanapun hidup selama 47 tahun lagi sehinggalah meninggal dunia tahun 1955.

Baca juga:‘Kembang tekak, lepas ini tak makan dah.’ Wanita dakwa jumpa 6 ekor cicak dalam kicap

Akhbar tempatan juga melaporkan kematiannya dengan tajuk 'Pengebumian Terakhir Diadakan Untuk Wanita Carolina Selatan.

Kali ini, nampaknya tiada detik yang mengejutkan semasa pengebumian.

Sekadar makluman, epilepsi merupakan gangguan sawan yang boleh menjejaskan sistem saraf pusat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang