Baru peluk Islam, pemuda letak nota atas sejadah untuk belajar solat
SESUNGGUHNYA Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada hambanya melalui pelbagai cara. Ia juga perlu dicari bukan hanya dinanti.
Oleh itu kita perlulah berusaha untuk mendapatkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT melalui cara-cara yang telah ditentukan-Nya.
Sebagai orang Islam, kita seharusnya memperbanyakkan kesyukuran kerana kita dipilih oleh Allah SWT daripada berbilion manusia di atas muka bumi ini, dilahirkan sebagai muslim.
Bukan sekadar itu, malah kita juga harus benar-benar memahami hakikat agama Islam daripada semua segi konsepnya, rukunnya, dan syariatnya.
Setelah memahami hakikat agama Islam, kita harus pula menghayati dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam syariat Islam itu sendiri.
Justeru sebagai manusia, kita perlu sentiasa menghargai sebaik mungkin pemberian nikmat Allah selain terus belajar mendalami ilmu agama Islam.
Lebih mudah jika dilahirkan dalam keluarga Islam yang kita juga mudah untuk mempelajari ilmu agama. Namun, nasib setiap orang itu juga berbeza-beza dan yang paling utama hidayah itu tetap milik Allah SWT.
Seperti apa yang dilihat berlaku baru-baru ini, sebuah posting di laman Twitter memperlihatkan seorang pemuda Amerika Syarikat sedang belajar menunaikan ibadah solat di dalam sebuah masjid.
Dua keping gambar pemuda berkenaan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Abdel Rahman kini tular dan menjadi bahan bualan ramai.
Mana tidaknya, melalui posting itu kelihatan pemuda tersebut meletakkan sekeping kertas yang dijadikan sebagai nota di hadapan sejadah sebagai panduan serta rujukan dalam menunaikan solat.
“Pemuda Amerika ini mungkin sahaja baru memeluk Islam dan dia sedang berusaha sebaik mungkin belajar menunaikan solat di satu sudut masjid menggunakan sehelai kertas. MasyaAllah semoga Allah SWT berikan ketabahan buatnya dalam mempelajari ilmu Islam,” tulisnya.
Posting berkenaan menerima hampir 70,000 tanda suka dan diulang kicau sebanyak 23,700 kali serta pelbagai komen diberikan oleh warganet.
Rata-rata dalam kalangan warganet mengucapkan rasa syukur dan gembira atas hidayah yang diterima serta penghijrahan yang dibuat oleh pemuda tersebut.
Warganet juga berpendapat kita juga perlu contohi keikhlasan beliau dalam mendalami ilmu agama.
Diharapkan pemuda itu kekal istiqamah dalam mempelajari selok-belok agama Islam dan juga dikelilingi rakan serta sahabat yang mampu berkongsi dan membawa beliau kepada jalan kebenaran.
Sumber: Twitter Abdel Rahman
This American brother who just converted to Islam recently was found in the corner of the Masjid trying his best to learn how to pray with a piece of paper in front of him. Ma sha Allah May Allah keep him steadfast on Islam.
Ameen pic.twitter.com/3mAJZt4db2
— Abdelrahman?ـبد اڶڕحمن؏ (@Abdelrahman9399) ?ref_src=twsrc%5Etfw">October 2, 2020
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang