BERPELUANG menjejakkan kaki dan beribadah di Tanah Suci Makkah merupakan satu anugerah tidak ternilai. Tidak semua orang berpeluang dijemput sebagai tetamu ALLAH. Sudah semestinya peluang tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin untuk lebih dekat dengan ALLAH SWT dan beribadah dengan khusyuk.

Baru-baru ini tular video yang dimuat naik pengguna TikTok @naaxminsgv dari negara jiran Indonesia yang memaparkan pemandangan di hadapan Kaabah ketika gadis itu sedang mengerjakan umrah.

Individu tersebut yang merupakan seorang gadis didakwa telah membawa sekeping gambar idola K-pop yang diminatinya dari kumpulan Bangtan Sonyeondan (BTS) iaitu Suga ketika berada di hadapan Kaabah.

Tanah Suci

Baca juga: Jangan biadab depan ALLAH, PU Rahmat gesa pengasas produk kosmetik minta maaf, promosi depan Kaabah

Ramai warga maya yang menonton video tersebut berpendapat tahap ketaasuban gadis itu terhadap ahli kumpulan K-pop tersebut dilihat agak keterlaluan dan melampaui batas.

Dek kerana terlalu obses dengan salah seorang ahli kumpulan K-pop tersebut, gadis ini terbawa-bawa minatnya itu ketika sedang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Kredit foto: TikTok, IG agustd

Pada masa sama, warga maya turut menegaskan, ketika berada di hadapan Kaabah, sepatutnya hanya fokus melakukan amal ibadah kepada ALLAH SWT sahaja. Ketepikan segalanya hal duniawi yang bersifat sementara.

Dalam video berdurasi sembilan saat itu, kelihatan foto Suga daripada kumpulan K-pop BTS digenggam seorang wanita di atas tapak tangannya dengan berlatarbelakangkan Kaabah.

Baca juga: Pergi umrah bersama anak kecil, wanita ini kongsi tip, persediaan ibu bapa perlu buat

“Kerana kamulah alasan aku mempercayai takdir. Kamulah syurgaku,” begitulah kapsyen yang tertulis dalam video tersebut.

Kredit foto: BTS Bighit Official

Ramai warga maya berasa geram dengan tindakan pemilik video tersebut. Meskipun gadis itu merupakan salah seorang ARMY (singkatan dari Adorable Representative MC for Youth) iaitu kelab peminat kumpulan K-pop tersebut namun itu bukan bermakna gadis itu boleh bertindak ‘kurang ajar’ di hadapan rumah ALLAH.

Baca juga: Wanita jika ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan pakai abaya warna terang, sarat hiasan

Pelbagai respons diterima daripada warga maya yang rata-rata kurang senang dengan tindakan peminat K-Pop itu membawa gambar ‘idol’ kegemarannya ke Tanah Suci.

Setakat ini, video tersebut mendapat sehingga 3.3 juta tontonan dan lebih 304,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, berikut antara komen-komen yang ditulis oleh warga maya.

– “Astaghfirullah. Terlalu obsess? Berani buat depan Kaabah.”

– “Bahkan ketika kau datang kepada-KU, engkau msih memikirkan dunia?”

– “Itu Kaabah. Tolong hormati.”

Iklan

– “Bias saya adalah Suga juga tetapi ini terlalu berlebihan.”

– “Saya peminatnya juga tetapi tidak perlulah sampai buat maca mini sekali.”

– “Kamu tidak tahu betapa bertuahnya kamu kerana dapat pergi ke tempat paling suci di muka bumi ini… namun kamu…”

– “Itu Kaabah, tempat untuk kita beribadah.”

– “Apa hendak jadi dengan manusia sekarang ini.”

Iklan

Baca juga: ‘Siapa nak buat baju tak seksi, boleh roger aku tau…’ azam Rico Rinaldi selepas balik dari haji

Baca juga: ‘DNA’ video muzik BTS pertama capai tontonan 1.1 bilion di YouTube

Sumber: TikTok naaxminsgv

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi