JANGAN biadab depan ALLAH. Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menegur perbuatan usahawan yang mengambil kesempatan membawa produk mereka dan bergambar di hadapan Kaabah.

Tampil menyuarakan rasa tidak puas hatinya dilaman Facebook, beliau turut memberi teguran dan nasihat terutama kepada pengasas kosmetik yang membawa produk memasuki kawasan Masjidil Haram.

PU Rahmat memohon agar mana-mana pengasas produk kosmetik tidak menjadikan tempat suci tersebut sebagai salah satu bahan pemasaran atau alat dagangan mereka bagi menarik perhatian ramai pembeli.

Baca juga: 6 tempat menarik di Madinah mesti dikunjungi, boleh jalan kaki sambil santai-santai

“Wahai pengasas produk. Berhenti jadikan Kaabah sebagai alat untuk pemasaran. Berhenti bawa produk kamu ke dalam kawasan Masjidil Haram,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook.

PU Rahmat juga berharap agar pengasas produk itu insaf dan tampil membuat permohonan maaf. Sekiranya tidak, dia mendoakan agar perniagaan yang diusahakan oleh mereka itu akan musnah kerana telah menggunakan rumah Allah sebagai alat dagangan.

Warga maya turut bersetuju dengan teguran pendakwah PU Rahmat. Tindakan pengasas produk tersebut seolah-olah mempermainkan agama demi melariskan produk perniagaan. Perbuatan itu agak keterlaluan seolah-olah langsung tidak menghormati tempat suci ini.

Baca juga: Tinggal di Makkah, wanita kongsi cara beli air zamzam, rupanya ini sebab ia tidak lagi payau

Kredit foto: Pexels

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya sependapat dengan PU Rahmat.

-“Penunggang agama. Hendak bawa agama dalam perniagaan”

-“Sudah jadi trend pula. Hendak nampak Islamik tapi Islam tidak ajar cara macam itu pun…”

-“Akhir zaman ini kebanyakan orang pergi Mekah untuk melancong bukan untuk ibadah sepenuh hati.”

-“Moga-moga para agamawan pun tidak buat perkara ini. Sebab nanti jadi alasan orang awam jahil terikut buat. Terima kasih atas peringatan ini. Moga semua terhindar daripada perbuatan yang dilarang.”

“Sebenarnya apa motif mereka ambil gambar produk berlatar belakangkan Kaabah ini ye? Apa mesej yang cuba hendak disampaikan oleh mereka?

Baca juga: Jangan persenda agama lain, Mufti Wilayah nasihat umat Islam saling menghormati

Adab-adab ketika berada di tanah haram Makkah

Kredit foto: Pexels

1. Menunjukkan akhlak yang mulia.

2. Menyedari diri sebagai tetamu ALLAH.

3. Memahami perjalanan tersebut adalah ibadah.

4. Reda dengan apa yang disediakan.

Iklan

5. Menjauhi percakapan dan perbuatan keji.

6. Mengelakkan diri dari bersikap sombong dan takbur.

7. Sentiasa bersyukur.

8. Menghindari pertengkaran.

9. Memperbanyakkan ibadat seperti tawaf, membaca al-Quran, iktikaf, doa taubat dan beristighfar.

10. Semangat tolong-menolong dan bekerjasama.

Iklan

Baca juga: Ambil peluang mustajab hari Arafah, ini checklist 10 doa terbaik kaum Hawa amalkan

Sumber: Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan

EMRAZ travel & tours Sdn Bhd

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi