BAJU wanita adalah antara rekaan yang dihasilkan pereka fesyen. Kepelbagaian fesyen dan trend semasa mempengaruhi. Melakukan perubahan diri selepas menunaikan haji, kisah pereka fesyen, Rico Rinaldi ini menjentik hati.

Hijrah ke arah kebaikan selepas selesai menunaikan haji adalah adalah kurniaan buat mereka yang beroleh haji yang mabrur. Perkara itu tentunya bukan mudah, tambahan pula bagi pereka berbakat sepertinya yang sentiasa menjadi buruan.

Menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci Makkah sebagai jemaah haji, Rico membuat pengakuan tentang pengorbanan dalam kerjayanya.

Pemegang Diploma Fesyen dan Rekaan dari Universiti Lim Kok Wing itu meluahkannya menerusi laman sosial Instagram. Menurut Rico segalanya bermula apabila beliau mendapatkan penjelasan pendakwah, Ustazah Asma’ Harun.

Baca juga: Rico Rinaldi lancar aplikasi fesyen, urusan pembelian jadi lebih mudah

Baca juga: Wanita Malaysia tak berani pilih warna kuning. Ini penjelasan pereka fesyen Rico

“Insya-ALLAH aku cuba perbaiki. Terima kasih @ustazahasmaharun atas pencerahan yang terbuku selama ini.

“Aku perlukan doa dan dorongan semua customer. Untuk pengetahuan aku tak dapat nak buat (tempahan) baju yang tidak ada full lining. Insya-ALLAH slowly ya.

“Tapi tiada diskriminasi untuk mereka yang tidak berhijab, insya-ALLAH ini hijrah dan pengorbanan kecil saya,” titipnya yang berkongsi video penerangan Ustazah Asma’.

Video yang dirakam mengandungi pencerahan bagi menjawab persoalan Rico sama ada sumber daripada menerima tempahan baju agak seksi.

Dalam perkembangan terbaru, Rico mendedahkan seramai 10 orang meminta bayaran pendahuluan (deposit) setelah keputusan itu dibuat. Ia disifatkan Rico sebagai satu tamparan hebat.

Baca juga: Rico Rinaldi bantu taja khemah khas untuk pesakit, staf Covid-19 Hospital Putrajaya

Baca juga: 5 pengantin popular bualan netizen 2020, Mira Filzah juara carta

“Kalau kalian hendak tau, bila aku buat keputusan ini sebaik sahaja aku dapat penjelasan daripada Ustazah Asma’ Harun hampir 10 orang customer minta deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling kurang RM3,500 hingga RM5,000

“Itu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar teks kepada manager aku tentang ‘hijrah kecil’, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tidak sangka rezeki itu terus ‘hilang’ sekelip mata.

Tapi tidak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat itu bukan manusia yang bagi, tapi ALLAH. Rezeki berkat itu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga.

“Kau bayangkan rezeki tidak berkat itu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzakh mungkin boleh jadi sebaliknya. Takut memang takut. Aku cuba istiqamah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku sudah akad dengan customer tu pun (contoh: Saya buat baju seksi awak ni tapi saya tak nak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu. Tak apa, slowly aku belajar, slowly customer akan faham. Korang boleh tengok video pencerahan ustazah di Instagram .

“Semoga kita semua dapat masuk syurga sama-sama ok. Bagi yang tidak mahu buat baju seksi boleh roger aku tau,” ciap Rico.

Baca juga: Wanita keliru bab inai celup dan sah solat, Ustazah Asma’ kongsi penerangan lengkap

Ustazah Asma’ juga berkongsi penghijrahan Rico dan mengalu-alukan sokongan buat pereka itu.

“Tuan, puan sahabat yang saya hormati, kami dan Rico Rinaldi ditakdirkan Allah SWT satu jemaah dalam menunaikan ibadah haji -baru-baru ini. Rupanya beliau merupakan salah seorang pereka fesyen yang dikenali dan punya kedudukan yang tersendiri.

“Allahukbar, bukan mudah keputusan dan tindakan yang dilakukan, begitu juga dengan ramai lagi sahabat kita yang sedang menempuh jalan hijrah yang payah. Mari bersama menyokong beliau dan sesiapa sahaja dengan apa cara yang ada, insya-ALLAH kita akan turut mendapat bahagian pahala dalam perjuangan mereka ini.

Iklan

Baca juga: Kalau nak menegur orang sekeliling kita tiada masalah, tetapi mesti kena caranya. Jangan biarkan kemungkaran terus berleluasa…

Beliau menegaskan penjelasan tentang hukum mereka baju yang agak seksi seperti tidak direka dengan lapisan ‘full lining” dilakukannya dengan berhati-hati.

“Banyak persoalan Rico bertanya kepada kami suami isteri, saya cuba menjawab dengan berhati-hati berdasarkan syariat Ilahi. Bukan ada kepentingan sendiri untuk dijaga, melainkan amanah diri yang akan ditanya nanti.

“Saya mendoakan buat semua yang sedang menempuh jalan sukar dalam hijrah, terus melangkah demi langkah walau payah, kerana hujungnya pasti Indah. Pasti indah tanpa ragu. Tidak di dunia, insya-Allah di Syurga,” kongsinya.

Warga siber memberikan sokongan buat Rico. Rata-rata menyifatkan rezeki yang paling hebat ialah rezeki yang berkat.

-“Terima kasih. Rezeki yang hebat ialah rezeki yang berkat. Insya-ALLAH, pasti ada yang lebih baik.”

Iklan

-“Bila kita nekad berhijrah, memang ujian datang bertubi-tubi. Itu tanda ALLAH masih sayang, legalah kita bila tahu ALLAH masih sayang. Sabar, akan ada kebaikan yang datang selepas ujian-NYA.”

-”It is okay Rico. You lebih tahu kenapa perlu buat hijrah kecil. Semoga hijrah kecil ini beri manfaat yang lebih besar dan positif buat you dan team.”

-“Insya-ALLAH Rico, tabahkan hati. Percaya tiada yang rugi dalam mencari redha-NYA. Semoga ALLAH gandakan rezeki Rico. Rico pun memang berbakat so trust ALLAH and trust yourself.”

-“Alhamdulillah Ya ALLAH. semoga Istiqamah Rico. ALLAH selalu sayang abang. Insya-ALLAH lepas ini mesti lebih banyak tempahan daripada pengantin, artis dan wanita² muslimah. Selamat maju jaya Rico. Insya-ALLAH raya tahun depan saya beli lagi baju rekaan Rico.”

-“Alhamdulillah selepas ini kita akan nampak Rico design untuk pengantin muslimah. So excited untuk tengok hasil kerja Rico. Pengantin muslimah boleh add on rico dalam senarai baju pereka baju pengantin anda.”

Sumber: Instagram dan Twitter Rico Rinaldi, Facebook Ustazah Asma’ Harun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan