Wanita jika ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, jangan pakai abaya warna terang, sarat hiasan
WANITA perlu mengambil perhatian dalam soal pemilihan pakaian yang sesuai ketika menunaikan ibadah umrah terutama apabila ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Pilih pakaian yang bukan sahaja menutup aurat tetapi selesa dan memudahkan pergerakan.
Di samping itu juga ada beberapa perkara penting yang muslimah jangan sesekali terlepas pandang dalam soal pemilihan pakaian ketika berada di Tanah Suci.
Seeloknya, jubah atau abaya yang dipakai bukan sahaja selesa tetapi mestilah tidak terlalu nipis atau tebal dan kainnya tidak meleret.
Baca juga: Pergi umrah bersama anak kecil, wanita ini kongsi tip, persediaan ibu bapa perlu buat
Baca juga: Senyap-senyap pergi umrah, kesederhanaan Lisa dan Yusri dikagumi peminat
Melalui perkongsian pengguna Facebook, Masnira Ramli yang tinggal kini tinggal di Makkah, beliau ada menyentuh tentang pakaian muslimah ketika menunaikan umrah.
Menurut Masnira, tiada masalah untuk muslimah memakai jubah berwarna selain dari warna hitam. Jelas beliau lagi, sejak visa pelancong diperkenalkan, etika berpakaian semakin longgar untuk jemaah dan pelancong.
“Dari segi undang-undang, tidak salah memakai jubah berwarna atau pakaian lain selainnya asalkan ia sopan. Cuma menyentuh sudut budaya, amatlah tidak sesuai memakai jubah yang berwarna terang dan rekaan yang sarat sehingga membuatkan banyak mata memandang atau tertarik, terutama apabila menunaikan umrah,” katanya.
Masnira juga ada berkongsi sebab mengapa muslimah perlu mengelakkan daripada memakai abaya atau jubah berwarna terang:
1. Solat di dalam masjid dengan abaya atau jubah yang berwarna terang, rekaan fesyen yang terlalu cantik boleh membuatkan jemaah lain terganggu ibadahnya, apatah lagi orang berlainan jantina. Menarik banyak mata untuk memandang.
2. Kita ulang kaji bab adab-adab wanita untuk ke masjid.
- Keluar dalam keadaan menutup aurat dan berpakaian sopan.
- Tidak bersolek dan memakai bau-bauan.
- Lebih elok dalam keadaan ditemani dengan mahram, suami atau kawan-kawan.
3. Jika anda pergi ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, lebih baik memilih pakaian yang menutup aurat dengan sempurna, tidak berwarna terang, rekaan abaya atau jubah yang ringkas dan tidak sarat serta kurang hiasannya.
Baca juga: Hati-hati pakai jubah, dress. Wanita 'bertelanjang' tak cium bau Syurga
Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat
“Saya teringat ada suatu masa saya sedang solat tarawih di masjid berdekatan rumah. Ada seorang wanita menegur saya dengan baik sambil menunjukkan sulaman corak di pergelangan abaya yang saya pakai.
“Katanya abaya itu tidak sesuai dipakai untuk ke masjid. Lebih baik pakai yang kurang atau tiada langsung hiasannya. Sejak itu baru saya perasan wanita tempatan memakai abaya kosong sahaja untuk ke masjid hatta ketika solat hari raya. Pesanan ini untuk diri saya sendiri juga,” jelas Masnira.
Kesimpulannya bersederhana itu lebih baik termasuklah dalam soal berpakaian. Pilihlah warna pakaian yang tidak mengundang dan menarik perhatian untuk dipandang. Tujuan kita ke Tanah Suci untuk beribadah bukannya untuk berhias-hias berlebihan.
Baca juga: Nikah 30 tahun terpaksa bubar sebelum tunai umrah, gara-gara ‘rahsia’ disembunyikan orang tua
Baca juga: Pakai niqab tapi mekap mata berlebihan, Ustazah Asma’ Harun beri teguran
Sumber: Masnira Ramli
Kredit foto hiasan: Pexels 1, 2, 3
Oleh: Norhasliza Mohd Shafi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang