#SiBibirMerah: Bella Hadid tak peduli kecaman Israel, ketepikan kemasyuran demi #FreePalestine

A
A
A

SEJAK kebelakangan ini nama supermodel antarabangsa, Bella Hadid mula menjadi sebutan ramai khususnya dalam kalangan mereka yang turut sama mengutuk penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Masakan tidak, wanita yang pernah dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia berdasarkan kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi pada tahun 2019 itu berhabis-habisan mempertahankan hak rakyat Palestin.

Meskipun ada yang menyifatkan tindakan Bella berkemungkinan menjejaskan kemasyhuran dan kedudukan kariernya sekarang ini di Amerika Syarikat (AS), tetapi beliau tetap berpegang teguh pada pendiriannya.

palestinBIARPUN membesar dan membina karier di New York, AS, namun Bella masih mengingati dan menyayangi Palestin negara kelahiran bapanya.

Tambahan pula, umum mengetahui industri kecantikan, kosmetik dan fesyen di Negara Uncle Sam majoritinya dimonopoli orang Yahudi di sana.

Bagi model berusia 24 tahun itu, pada detik ini misi kemanusiaan lebih menjadi keutamaan berbanding populariti dan perolehan pendapatan.

Bella masih berpendirian menyatakan Israel bukanlah sebuah negara, tetapi 'perampas' yang menjajah bumi Palestin.

"Saya akan teguh berdiri bersama saudara Palestin. Saya akan bersuara dan melindungi mereka dengan cara tersendiri. Saya menyayangi anda semua," tulisnya yang memiliki 42.2 juta followers di Instagram.

Menariknya, kelantangan Bella bukan sahaja disuarakan menerusi media sosial. Bahkan, anak kelahiran Los Angeles, California, AS itu tanpa berselindung menyertai demonstrasi menyokong Palestin di Bay Ridge, Brooklyn, New York, AS pada Sabtu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella ? (@bellahadid)

Adik kepada supermodel Gigi Hadid tersebut tampak kasual menyarungkan seluar denim warna biru, blaus tradisional dan kasut. Pada masa sama, mengikat atas kepala dan bahunya menggunakan keffiyeh Palestin bercorak hitam dan putih.

Beliau dilihat membawa bersama bendera Palestin sebagai tanda solidariti terhadap rakyat di Gaza yang kini dibedil serangan bom tentera rejim Zionis.

Insiden kejam itu menyebabkan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban termasuk kanak-kanak dan wanita.

bella hadidNampaknya, tindakan Bella berdarah campuran Palestin (sebelah bapa) dan Belanda (sebelah ibu) terlibat dalam perarakan mendapat kecaman hebat daripada pihak Israel.

Menerusi laman sosial Twitter rasmi pentadbiran @israel, mereka mengutuk tindakan Bella yang dikatakan ingin menghapuskan 'negara' dan orang Yahudi.

“Apabila selebriti seperti @BellaHadid menyokong untuk membuang orang Yahudi ke laut, secara tidak langsung mereka menyokong menghapuskan negara Yahudi.

“Ini tidak sepatutnya menjadi isu Israel-Palestin. Ini harus menjadi isu kemanusiaan. Awak (Bella) patut berasa malu," tulisnya di Twitter baru-baru ini.

Dalam ciapan yang sama, @israel turut meletakkan screenshot video aksi Bella atau nama sebenarnya, Isabella Khair Hadid ketika menyertai perarakan Pro-Palestin terbabit.

Selain Bella, Gigi Hadid turut menzahirkan solidariti terhadap Palestin.

bella gigiGIGI (kiri) dan Bella mengenepikan soal kemasyuran kerana ketika ini matlamat mereka berjuang demi misi kemanusiaan #FreePalestine.

Tegas beliau: "Saya bukan antisemitism (sikap permusuhan terhadap kaum Yahudi) dan juga bukan ingin melihat orang Yahudi dibunuh. Saya cuma mahukan rakyat Palestin diberi hak sama rata.

"Bangsa Palestin ada yang Kristian, Yahudi dan beragama Islam seperti keluarga ayah saya ketika dia dilahirkan di Palestin pada tahun 1948."

Difahamkan, Bella dan Gigi merupakan anak kepada jutawan hartanah, Mohamed Hadid yang melarikan diri ke AS susulan peperangan di Gaza dan Tebing Barat.

Bibir Merah begitu kagum dengan semangat dua beradik ini. Walaupun membesar, membina nama dan diulit kemewahan di AS, namun mereka sedikitpun tidak melupakan asal usul.

Semangat juang Bella dan Gigi terhadap misi #FreePalestine tidak pernah pudar sehingga mereka sanggup mengenepikan kemasyuran dimiliki.

Kecaman yang diterima dibiarkan umpama angin lalu sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang