Bengang dengan majikan, wanita bakar gudang minyak akibatkan kerugian RM5 juta

A
A
A

GARA-gara tidak berpuas hati dengan ketua, seorang wanita bertindak memulakan kebakaran menggunakan pemetik api di premis tempat dia bekerja.

Namun tidak disangka, perbuatannya itu mengakibatkan kemusnahan yang besar!

Wanita 38 tahun itu didakwa menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke dalam tong minyak di gudang Prapakorn Oil di Thailand.

Kebakaran itu yang menyebabkan kerugian lebih 40 juta baht (kira-kira RM5,040,146.95).

Suspek berusia 38 tahun masih ditahan untuk membantu siasatan.

Baca juga: Akibat Berhentikan 900 Staf Melalui Talian Persidangan Zoom, CEO ‘Dicutikan’ Serta-Merta

Dalam kejadian itu, api difahamkan merebak dengan pantas ke seluruh bangunan gudang setingkat yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak.

Foto dan video kebakaran menjadi tular di media sosial. Jelas bebola api dan asap hitam tebal memenuhi ruang udara.

Rakaman CCTV menunjukkan seseorang masuk ke dalam gudang dengan sekeping kertas di tangan sebelum hilang di sebalik deretan kontena di sebuah unit rak.

Rakaman CCTV membongkar perbuatan suspek.

Baca juga: [VIDEO] Kejadian Dirakam CCTV, Wanita Rembat Motosikal Pencuri Selepas Beg Tangan Diragut

Leftenan Jeneral Wilayah, Thanayut Wuttijarathamron berkata suspek telah ditangkap di rumahnya dan didakwa kemudiannya mengaku melakukan pembakaran.

Suspek yang telah bekerja sembilan tahun di Prapakorn Oil turut cedera dalam kejadian pada 29 November itu.

Dalam siasatan pihak polis, suspek mengaku menyalakan api. Ia dipercayai berpunca daripada perasaan wanita itu tertekan dengan kritikan majikan yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

"Dia berkata majikannya sering tidak berpuas hati dengan kerjanya hingga membuatkan dia tertekan setiap hari.

"Suspek tidak menyangka kebakaran kecil yang dimulakan menyebabkan kerosakan sebegini teruk," kata Thanayut.

MailOnline melaporkan 40 jentera bomba dikejarkan untuk memadamkan kebakaran. Bomba mengambil masa empat jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

Difahamkan suspek masih ditahan bagi membantu siasatan.

Susulan kebakaran, pakar alam sekitar pakar juga dihantar ke kawasan itu untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai, yang terletak di sebelah gudang berkenaan.

Baca juga: Selepas 21 Tahun, Miss Universe 2021 Milik Harnaaz Sandhu, Berikut Senarai Ratu Cantik Dari India

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The Independent

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang