KEROSAKAN jalan seperti jalan berlubang boleh memudaratkan keselamatan pengguna jalanraya.

Bengang sudah beberapa kali menampal simen pada lubang berkenaan, seorang lelaki bertindak menanam pokok pisang untuk memberi amaran kepada pengguna jalan tersebut.

Minggu lalu, Bryan Raymond menanam pokok itu di jalan berlubang di sepanjang Honda Drive yang terletak di selatan Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat.

Baca juga Pecah Rekod Dunia, Lelaki Australia Berjaya ‘Planking’ 9 Jam 30 Minit

Raymond yang memiliki perniagaan berhampiran mendapat idea untuk menanam pokok pisang yang sudah besar setelah terpaksa mengisi lubang di jalan dengan simen berkali-kali.

Difahamkan Honda Drive adalah jalan persendirian. Menurut pejabat daerah di sana, penyelenggaraannya perlu dilakukan pemilik perniagaan di kawasan itu.

Bagi Raymond, pokok pisang adalah ‘pembaikan’ yang menarik perhatian pengguna jalan itu sekali gus mengelakkan bahaya.

“Jika kami kena selenggara dan pastikan tiada siapa tercedera. Kami perlu letak sesuatu yang mudah dilihat supaya tiada yang jatuh ke dalam lubang itu,” katanya.

Iklan

Baca juga Ini Rupa Sijil Vaksin Zaman Turki Uthmaniah Tahun 1900, Cegah Penyakit Cacar Air

Terdahulu, kamera litar tertutup milik Raymond pernah merakam pelbagai masalah disebabkan oleh lubang pada jalan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di sekitar bersetuju dengan langkah yang diambil Raymond bagi mengelakkan kemalangan.

Iklan

“Saya suka, ia lucu. Patut ada banyak lagi,” kata seorang lelaki yang bekerja berhampiran kawasan tersebut.

Jalan berlubang boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya dan menjadi punca kesesakan lalu lintas. Malah ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan.

Sumber: New York Post