VAKSINASI ialah salah satu cara untuk mengawal penularan sesuatu penyakit.

Semakin ramai orang mendapat vaksinasi, maka ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit tersebut yang lebih teruk.

Baru-baru ini, sijil vaksin zaman Turki Uthmaniah tular di media sosial. Sijil berkenaan dipercayai dikeluarkan di Istanbul tahun 1900.

Menurut sijil tersebut tertera maklumat vaksinasi keluarga terhadap penyakit cacar air yang menular pada waktu itu.

Cacar air atau small pox muncul sebagai wabak pada tahun 1900. Wabak cacar air dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia.

Merujuk kefahaman dari info kesihatan, virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Perkongsian info mengenai sijil vaksinasi berkenaan menunjukkan kerajaan Islam Turki antara negara awal dalam sejarah perubatan menekankan kepentingan keselamatan dan kesihatan rakyat awam.

Baca juga Ibu Yang Dijangkiti Virus Covid-19 Tanpa Vaksin Berisiko Lahirkan Bayi ‘Bermasalah’. Ini Penjelasan Pakar

Bercakap mengenai isu menolak vaksin, jika benar ia satu agenda dajal atau bertujuan membunuh manusia, mana mungkin kita akan wujud hari ini.

Pendakwah bebas, PU Amin dalam hantaran di Instagram berkongsi foto berkenaan dan berharap kepada mereka yang menolak vaksin bersederhana dalam menghukum.

Iklan

“Vaksin itu ikhtiar. Yang sembuhkan kan Allah , tapi Allah suka hamba yang berusaha dan bertawakal dengan ikhitiar yang baik. Insha-ALLAH,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin)

Maka dengan ini jelas, penggunaan vaksin untuk melindungi pesakit dan mencegah virus terus mengganas dalam sejarah perubatan dan pencegahan penyakit bukan perkara baharu.

Iklan

Malah, akhir-akhir ini program vaksinasi mula menunjukkan impak positif dengan menurunkan kadar kes serius Covid-19.

Ikuti kami di Instagram

Sumber: Instagram PU Amin, Erciyes Medical Journal