PLANK ialah sejenis senaman rintangan paling efektif untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal selain postur badan tegap.

Lazimnya, planking dilakukan beberapa minit. Itu pun sahaja sudah cukup memberikan kesan kepada bahagian otot abdomen hingga rasa ‘panas’ dan terketar-ketar!

Namun lelaki dari Australia, Daniel Scali berjaya melakukan plank selama 9 jam 30 minit sekali gus memecahkan rekod dunia Guinness World Record.

Difahamkan, ia adalah percubaan kali kedua buat Scali. Difahamkan percubaan pertamanya tidak diterima pihak Guinness susulan masalah teknikal.

Scali yang menghidap sindrom kesakitan kronik (Complex Regional Pain Syndrome – CRPS) setelah patah tangan kiri ketika berumur 12 tahun menyahut cabaran planking tersebut sekali gus membuktikan kesakitan bukan penghalang.

Baca juga Misteri Hilang Makanan, Wanita Disangka Hantu Rupa-Rupanya Tinggal Di Kabinet Dapur Lebih Dua Minggu

Lelaki itu berkata seawal minit ke-14, betisnya seperti dirasakan seperti ‘terbakar’. Begitu juga tekanan pada lengan dan siku, ia amat menyakitkan.

“Masuk enam ke tujuh jam, badan saya dah mula menggeletar dan akhirnya saya muntah,” kata Scali.

“Saya rasa sakit dari hujung rambut sampai hujung kaki. Semuanya kebas termasuk kaki, paha, dan tangan kiri saya,” tuturnya.

Iklan

Baca juga Nak Seronok Rupanya Perangkap Maut, Gadis Tercekik Muntah Sendiri Ketika Bermain Di Fun Fair

Scali berjaya memecahkan rekod planking paling lama sebelum ini yang dimiliki George Hood dari Amerika Syarikat.

Bekas pelaut berusia 62 tahun itu merekodkan planking selama 8 jam 15 minit.

Iklan

Senaman rintangan ini disaran untuk dilakukan selama lima hingga hingga 10 minit sehari untuk tubuh yang lebih cergas dan bertenaga.

Ikuti kami di Instagram!

Sumber: Guinness World Record, Mens Health