Di sebalik 3 kali skor ‘perfect 10,’ atlet terjun China 14 tahun raih emas untuk tampung rawatan ibu

A
A
A

TERJUNAN hampir sempurna yang dipamerkan semasa pusingan akhir pertandingan terjun platform 10m wanita di Olimpik 2020 sebentar tadi menjadi bualan ramai.

Atlet terjun China, Quan Hongchan melakukan tiga kali terjunan hebat yang membolehkannya memperolehi skor penuh 10/10 dari tujuh hakim pada terjunan kedua, keempat dan kelima acara tersebut.

Quan yang baru berusia 14 tahun pada bulan Mac lalu merupakan atlet termuda yang mewakili China di temasya Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun masih muda dan pertama kali beraksi pada sukan Olimpik, Quan kelihatan ‘veteran’ lantaran skil yang padu.

Malah Quan juga memperolehi catatan markah 466.20 sekali gus memadamkan rekod Olimpik sebelumnya iaitu 447.70 dan meraih emas pertamanya dengan bergaya.

Baca juga Skuad badminton 'berbisa,' penyumbang pingat paling banyak Sukan Olimpik buat negara

Di sebalik aksi cemerlang Quan ada kisah yang menyentuh hati. Walaupun masih muda, Quan berkorban menjalani latihan yang berat dan fokus yang tidak berbelah bahagi untuk menyertai Olimpik China semata-mata untuk menampung kos rawatan ibunya yang sakit.

Quan dilahirkan pada 28 Mac, 2007 di perkampungan Maihe, Mazhang City, Mazhang District, Zhanjiang, Guangdong. Kedua-dua ibu bapanya hanyalah petani biasa. Gadis ini  mula bertanding acara terjun pada usia tujuh tahun ketika mewakili pasukan Wilayah Guangdong.

Tidak dapat dipastikan jenis penyakit ibunya namun Quan bekerja keras bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan ibu tersayang sepanjang tahun.

Quan menjadi atlet China kedua termuda yang memperolehi pingat emas Olimpik dalam acara terjun. Sebelum ini Fu Mingxia mencatat sejarah memenangi pingat emas acara 10m platform di Olimpik Barcelona 1992 pada usia 13 tahun.

Akhinya pengorbanan dan penat lelah seorang anak untuk ibunya yang akhirnya terbayar di pentas Olimpik kali ini. Semoga Quan mempunyai masa depan yang cerah pada Olimpik Paris 2024.

Sumber: South China Morning Post, inf.news, nbcolympics.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang