BIBIR hanya tiga peratus daripada kesempurnaan manakala lebar hidung dianggap paling terletak, wanita tercantik di dunia 2022, Jodie Comer memiliki 94.52 peratus tepat menerusi Nisbah Emas Kecantikan Phi sekali gus menyingkirkan supermodel Bella Hadid dan Zendaya.

Aktres berusia 26 tahun itu mendahului senarai berikutan pemetaan daripada pakar bedah kosmetik profesional, meninggalkan Zendaya di tempat kedua dan model, Bella Hadid di tempat ketiga.

Baca juga: Amber Heard miliki bentuk wajah paling ‘perfect’ di dunia, saintis sahkan

Kejelitiaan wajah diukur menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio. Teknik itu bermula sejak zaman purba dan telah digunakan untuk mengukur kesempurnaan fizikal.

Ia mengira bentuk muka yang sempurn, termasuk saiz dan kedudukan bibir, hidung, dagu dan garis rahang.

The Sun mendedahkan Comer memiliki ciri paling hampir sepadan dengan nisbah ideal.

Senarai sepuluh teratas telah disusun oleh pakar bedah klinik Harley Street, Dr Julian De Silva, yang menggunakan pemetaan muka digital.

Baca juga: 5 fakta Rajwa Khaled anak hartawan Arab Saudi, bakal Permaisuri Jordan

Baca juga: Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Wanita lain dalam senarai sepuluh teratas termasuk penyanyi Beyoncé, Ariana Grande, selebriti realiti TV, Kim Kardashian dan bintang Squid Game, HoYeon Jung.

Taylor Swift, Jourdan Dunn dan Deepika Padukone antara yang menduduki tanga 10 teratas.

Mendedahkan hasil pemetaan yang dilakukan, Dr Julian De Silva berkata elemen fizikal aktres kelahiran Liverpool, England itu hampir sempurna.

Baca juga: Kakak kandung Kris Dayanti, Yuni Shara kekal jelita usia 50 tahun, ini rahsianya

”Beliau mempunyai bacaan keseluruhan tertinggi untuk kedudukan hidung dan bibirnya, dengan skor 98.7 peratus hanya 1.3 peratus daripada bentuk yang sempurna.

Iklan

”Comer juga mendapat markah tertinggi untuk lebar dan panjang hidungnya dan memiliki bentuk bibir dan kedudukan mata yang sempurna berbanding yang lain.

”Begitu juga dengan dagunya, cantik terbentuk manakala raut wajah timbul menyerlah,” ujar De Silva.

10 wanita tercantik 2022

1: Jodie Comer – 94.52 peratus
2: Zendaya – 94.37 peratus
3: Bella Hadid – 94.35 peratus
4: Beyoncé – 92.44 peratus
5: Ariana Grande – 91.81 peratus
6: Taylor Swift – 91.64 peratus
7: Jourdan Dunn – 91.39 peratus
8: Kim Kardashian – 91.28 peratus
9: Deepika Padukone 91.22 peratus
10: HoYeon Jung – 89.63 peratus

Terdahulu, SinarPlus berkongsi bekas isteri aktor Johnny Depp, Amber Heard miliki bentuk wajah paling ‘perfect’ di dunia.

Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Iklan

De Silva menganalisis 12 titik pada muka Heard menggunakan gambar aktres itu ketika acara permaidani merah tahun 2016. Mata, hidung, bibir, dagu dan keseluruhan kepala meraih skor hampir 92 peratus.

Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.

Baca juga: Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

Sumber dan kredit foto: The Sun UK 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.