Bilik atlet Olimpik Tokyo 2020, guna katil kadbod 'antiseks'. Ini sebabnya...
RANGKA katil 'antiseks' berasaskan material kadbod yang disediakan di Perkampungan Atlet Sukan Olimpik Tokyo 2020 dikatakan untuk mencegah hubungan intim dalam kalangan atlet.
Tindakan penganjur mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Difahamkan, tempat tidur itu mampu menampung beban hingga 200 kilogram (kg) biarpun ia diperbuat daripada kadbod.
Pun begitu, inisiatif berkenaan dilaksanakan lebih memfokuskan pada proses kitar semula produk kertas selepas temasya sukan berprestij dunia itu melabuhkan tirai.
Sementara itu, tilamnya yang hadir dalam bentuk politilena pula akan diguna semula untuk produk plastik.
Pada masa sama, ia salah satu usaha bagi menjaga penjarakan fizikal dan mengelakkan penularan wabak Covid-19 di sana.
Dalam satu ciapan di laman sosial Twitter, pemenang pingat perak acara lari 5,000 meter Olimpik Rio, Paul Chelimo bergurau mengenai rangka katil yang disifatkan pelik untuk mengelakkan hubungan intim dalam kalangan atlet.
"Katil ini dikatakan dapat menampung berat badan seorang sahaja bagi mengelakkan situasi ‘luar’ acara sukan.
“Namun begitu, rasanya ia tidak menjadi masalah untuk pelari jarak jauh kerana empat atlet kategori itu boleh berada di atas satu katil, ” tulisnya yang turut berkongsi gambar katil tersebut.
Beds to be installed in Tokyo Olympic Village will be made of cardboard, this is aimed at avoiding intimacy among athletes
Beds will be able to withstand the weight of a single person to avoid situations beyond sports.
I see no problem for distance runners,even 4 of us can do? pic.twitter.com/J45wlxgtSo
— Paul Chelimo???? (@Paulchelimo) ?ref_src=twsrc%5Etfw">July 17, 2021
Dalam pada itu, penularan Covid-19 di perkampungan atlet terus mencetuskan kebimbangan.
Ia berikutan enam atlet trek dan lapangan dari Britain dan dua kakitangan terpaksa diasingkan. Mereka dikenalpasti sebagai kontak rapat individu positif Covid-19 ketika dalam penerbangan ke Jepun.
Perkara itu disahkan Persatuan Olimpik (BOA) pada Ahad lalu.
Justeru, difahamkan para atlet sentiasa diingatkan supaya tidak saling bersentuhan.
Baca juga Olimpik Tokyo Tanpa Penyokong, Jepun Isytihar Darurat Kerana Covid-19
Secara ringkas, Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo 2020 seluas 44 hektar terletak di Harumi.
Kawasan yang merangkumi pangsapuri dan tempat makan itu mampu menghimpunkan kapasiti seramai 6,700 atlet dan pegawai serta delegasi Paralimpik Tokyo.
Sumber: Indianexpress
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang